Mamat tengah berjalan dekat taman permainan.
Sambil teman anak perempuan bermain.
Dia memang ada seorang je anak perempuan.
Dah la nak dapat yang sorang ni pun, bukan main lama dia dengan pasangan dia tunggu.
Macam macam cara dan usaha dah try untuk dapat anak...
daripada cara moden.....
kepada cara tradisional....
... semunya tak berhasil.
Hampir putus asa jugak la Mamat dengan isterinya.
Bila dapat berita yang isteri dia mengandung,
dan akhirnya berjaya lahirkan anaknya yang sorang ni, dia memang bersyukur sesangat.
Tengah Mamat melayan angin petang yang bertiup, tiba tiba terdengar bunyi loceng.
"Ting ting ting! Ting Ting Ting!"
"Papa! Ais Krim!" jerit Sofea, anak perempuan Mamat.
Sambil tersengih.
Nampak gigi rongaknya.
Memang suka betul makan benda manis.
Tapi, bila minta gosok gigi, pandai benar mengelat.
Bunyi loceng tadi memang terus membuatkan Sofea berhenti bermain.
"Sofea nak ais krim?" tanya Mamat.
Anaknya mengangguk laju.
Meloncat gembira sambil berjalan ke arah ayahnya.
Mamat terus memimpin tangan anak kesayangannya ke arah motosikal penjual ais krim.
"Pakcik, bagi ais krim kon perisa coklat 2" kata Mamat sebaik sahaja sampai ke motosikal penjual ais krim.
"Nak berapa scoop dik? Kalau satu scoop seringgit lima posen, kalau adik amik 3 scoop 2 ringgit" tanya penjual ais krim.
"Pandai pakcik ni meniaga. Siap ada offer upsell lagi. Hmm... Ais krim pun dah naik harga ya sekarang.
Dulu 50 sen pun dah dapat ais krim kon yang 3 scoop tu.".....
....fikir Mamat sambil perhatikan pakcik penjual ais krim menyiapkan ais krim untuknya dan anaknya.
"Okay.. Nah dik. Total 3 ringgit" kata penjual ais krim sambil menghulurkan ais krim kepada Mamat dan anaknya.
"Yeay... bestnya..." kata Sofea. Melompat lompat gembira.
"Jom.. kita pergi kat kerusi tu, makan kena duduk. Pegang elok elok ya ais krim tu" ajak Mamat.
Sementara berjalan menuju ke kerusi, Sofea sudah menjilat ais krim yang ada di tangannya. Sambil menari riang dan sedikit terlompat lompat.
Tiba - tiba....
"Papa....
...Ais krim jatuh"
kata Sofea kepada ayahnya.
Suaranya mula bergetar.
Mulutnya pula mula memuncung.
"La.. yeke? Kan papa selalu cakap, ais krim kena pegang elok elok. Jangan lompat - lompat masa makan ais krim. Dulu pun Sofea lompat lompat, lepas tu ais krim jatuh kan?"
Sofea mengangguk perlahan.
Tunduk.
Tak berani memandang ayahnya.
"Hmmm.. tak pelah. Lain kali kena hati hati ya. Jom kita pergi beli yang baru" kata Mamat kepada anaknya.
"Yeay!!!!" Jerit Sofea.
Sampai ke motosikal penjual ais krim.
"Pakcik, bagi satu lagi ais krim kon perisa coklat, satu scoop" pinta Mamat kepada penjual ais krim.
"Ala... satu scoop je? Papa, nak 3 scoop..."
Tiba tiba Sofea bersuara.
Merintih dan meminta.
Satu Soalan Buat Anda Berfikir
Kalau anda berada di tempat Mamat,
adakah anda akan bagi 3 scoop ais krim kepada Sofea?
Walaupun anaknya itu memang sangat berharga buat dia.
Dia memang sayang betul dekat anak dia.
Lagipun, tambah 50 sen je pun kalau nak jadikan 3 scoop.
Tapi, rata rata orang akan jawab TIDAK.
Sebab?
Satu scoop pun anak dia tak boleh pegang dengan elok.
Apatah lagi nak tambah jadi lebih tinggi, 3 scoop.
ITULAH YANG TERJADI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI
Perasan Tak?
Ramai orang fikir, "kenapa la aku belum jadi jutawan, sales aku belum banyak, belum dapat beli rumah besar macam orang lain yang dah berjaya?
Ramai orang fikir, kenapa la aku belum jadi jutawan, sales aku belum banyak, belum dapat beli rumah besar macam orang lain yang dah berjaya?
Kita mungkin macam anak perempuan tadi, rezeki 'satu scoop' pun kita tak pandai handle. Inikan pula Allah Taala nak bagi "3 scoop" kat kita.
Ramai orang fikir, "bila saving aku dah banyak, sales aku dah juta juta, barulah aku akan fikir macam mana nak urus duit dengan baik"
Jap jap, cuba tanya kenapa saving kita tak banyak in the first place?
Ke mana habis duit yang kita buat sales sebelum ni?
Sebenarnya, bila kita dapat urus duit dengan baik, barulah income kita akan lebih banyak.
Belajar macam mana nak urus income 100.
Buktikan yang memang kita mampu urus income sebanyak tu.
Selalunya, income akan bertambah dengan keupayaan kita mengurus kewangan.
Seterusnya, kita akan berupaya mengurus income 1000.
10000
100000
1000000
10000000 dan seterusnya insyaAllah.
Tak percaya lagi?
Cuba kaji berapa ramai orang bankrap beberapa tahun selepas menang loteri.
Cuba kaji berapa ramai orang bisnes yang melingkup walaupun dah buat sales jutaan ringgit.
Ini antara pelajaran besar yang saya dapat bila mula nak ambil tahu pasal 'financial freedom' dulu.
Daripada situ, baru nampak bahawa banyak duit dileburkan kepada perkara liabiliti.
Jarang betul membina aset.
NAK BELAJAR DEKAT MANA?
Banyak buku dekat luar sana pasal pengurusan kewangan.
Cuma, dalam mana mana bidang ilmu, dia ada mazhab mereka yang tersendiri.
Saya sendiri secara peribadi, saya suka dengan pendekatan T Harv Eker, pengarang buku Secrets of Millionaire Mind.
Kalau di Malaysia, saya sendiri dah menjadi ahli Urus Insan tuan Zaidi Ismail.
Dan, tak lupa juga dengan geng Faizul Ridzuan, GilaHartanah. Buku WTF Faizul Ridzuan antara bacaan wajib dan buku awal yang saya baca masa baru nak berkecimpung dalam perjalanan menuju 'financial freedom' ni, khususnya bidang hartanah.
Kepada sesiapa yang serius nak tahu tentang pengurusan kewangan, Geng GilaHartanah ada buat offer special untuk program diorang, GH Masterclass.
Dengan panduan ni, korang bukan sahaja dapat video panduan masterclass ni je, korang akan dapat BONUS TERHAD:
- BONUS 1: Seminar Penjara Hutang (Pergh.. Beli panduan, dapat tiket seminar free)
- BONUS 2: Strategi Confirm Lulus Loan Rumah
- BONUS 3: 16 Kisah Inspirasi Hartanah
- BONUS 4: Cara Hapuskan Hutang Kad Kredit
Allah Taala tu Maha Penyayang.
Buktikan pada Allah Taala dengan rezeki yang ada, kita mampu handle dengan baik, insyaAllah rezeki akan ditambah berlipat kali ganda.
Salam Inspirasi. Salam Pencerahan.