November 3

1 comments

Apa Itu Email Marketing?

Apa sebenarnya email marketing ni? Ramai yang tidak mengetahui bahawa Email Marketing sebenarnya mempunyai kelebihan yang besar bagi para Usahawan Internet. Amat rugi jika anda tidak merebut peluang untuk menguasai salah satu teknik marketing yang terkenal ini.

Apabila kita bercakap tentang email marketing, ramai akan membayangkan satu proses yang sangat kompleks, atau TERLALU TEKNIKAL.

Hakikatnya, sama seperti strategi pemasaran yang lain, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam proses email marketing yang perlu diharungi.

DEFINISI EMAIL MARKETING

Secara ringkasnya, email marketing ialah penggunaan 'electronic mail' atau kemudahan email untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis.

Kalau nak dianalogikan dalam pemasaran tradisional, macam kita hantar surat kepada pelanggan atau bakal pelanggan. Tapi, kita buat pemasaran ni melalui email.

Apa itu email marketing 2


Email marketing juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Kata ramai pakar dalam internet marketing, email marketing adalah nadi kepada bisnes online.

Betapa ramai mereka yang tersungkur dalam bisnes mereka, akhirnya mampu bangkit semula dengan database email yang mereka ada.

Email marketing terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia.

Cuba anda kira berapa kos untuk anda hantar 10,000 keping surat kepada pelanggan.

Cuba bandingkan dengan email marketing, ianya hanya mungkin mencecah ratusan ringgit sahaja.

Bahkan, dengan menggunakan sesetengah email autoresponder, kita dapat menghantar surat tersebut berkali kali dalam sebulan, dengan kos ratusan ringgit tersebut. Memang dahsyat penangan internet kan?

Katakanlah....

Ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet.

Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu.

Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik.

Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu.

Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik email marketing dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.

Pengertian alternatif bagi email marketing ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes menggunakan email untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan.

Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus 'menambat' pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Email marketing, mengikut mana-mana definisi, menuntut kesetiaan dan naungan.

Jika email marketing digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan.

Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

PENTING TAHU UNDANG UNDANG DAN PERATURAN DALAM EMAIL MARKETING

Bagaimanapun, dengan email marketing, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya.

Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan email untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.

Jika pelanggan itu menerima email dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan.

Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan email-email mereka dengan senang hati.

PERSEPSI NEGATIF MASYARAKAT TERHADAP EMAIL MARKETING

Email marketing juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat.

Maklumlah, dalam dunia internet, terlalu ramai mereka yang ingin mengambil kesempatan dan bertindak tanpa etika.

REALITI DUNIA ONLINE

  • Ada yang membeli senarai email daripada orang lain.
  • Ada penjenayah yang cuba menggodam maklumat peribadi pemilik email dengan aktiviti ‘email phishing’.
  • Ada juga yang tidak putus putus hanya menghantar email promosi dan menjual kepada kepada pelanggan, tanpa memberikan nilai sedikitpun kepada mereka.

Akibat ini, ramai juga pemilik email yang merasa kurang selesa dengan email marketing.

Mereka kemudiannya mengategorikan email-email komersial itu sebagai SPAM.

Apa itu SPAM email?

Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk email-email yang tidak diundang.


Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang email-email lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima.


Bagi mereka yang pernah menerima email-email spam tahu bahawa email sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan email spam.


Email spam memakan ruang email yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.

Sebagai usahawan yang ingin menggunakan medium email marketing, para pemilik bisnes hendaklah sanggup 'berperang' dengan masalah spam.

Mereka juga perlu tahu bagaimanakah cara untuk mempengaruhi para prospek membuka dan membaca email-email mereka, demi hasil perniagaan yang lebih baik.

Bagaimanapun, itu semua adalah hak masing masing.

Sekarang ini, para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan email jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.

LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK GUNA EMAIL MARKETING

Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi email marketing ini:

1) Integriti Kandungan

Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap email marketing dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam strategi pemasaran itu sendiri.

Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kandungan email yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki integritinya sendiri.

Ini bermaksud penghantar perlu menyertakan maklumat mereka dengan lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar email kepada mereka.

2) Persetujuan yang Jelas

Adalah penting bagi penghantar email itu mengetahui bahawa pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima email-email dari mereka.

Untuk itu adalah wajar mereka sentiasa mengemaskini list email untuk mengetahui siapa di antara pelanggan itu yang setia dan sebaliknya.

3) Keagresifan Kandungan

Walaupun penghantar email itu ingin menjadikan strategi email marketing mereka agresif, adalah satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara tujuan mereka dan hak-hak penerima email.
Penghantar email haruslah:

  • menggunakan baris subjek yang berkaitan dengan kandungan email, 
  • menggunakan alamat email yang sah dan
  • membuat persetujuan dengan para pelanggan untuk menghantar email-email promosi di masa hadapan.

ASAS EMAIL MARKETING

Sekiranya anda mendalami ilmu email marketing, anda akan berjumpa jutaan teknik dan cara untuk lakukannya.
Tak kisah mana teknik yang anda ingin gunakan, yang penting ialah cuba dan cuba dengan pasaran anda.

Antara teknik yang terkenal ialah:

Tulis Email Setiap Hari

Anda boleh tulis email anda setiap hari dengan info hiburan dan mendidik subscriber anda.

Pakar email marketing seperti Ben Settle gunakan teknik ni.

Sangat baik untuk mereka yang baru bermula, ingin membina brand sendiri dan masih belum disiplin dalam menulis.

Impaknya cukup dahsyat.

Tulis Email Yang Sedikit Kompleks dan Panjang

Teknik ni paling saya suka.

Teknik ni akan membuatkan subscriber anda ibarat menonton teater, opera atau drama bersiri.

Kalau siapa yang dah baca buku DotCom Secrets karangan Russel Brunson, pengasas Clickfunnels, teknik ni dikenali dengan SOAP Opera Sequences. (Buku ni percuma je, korang just bayar kos penghataran untuk dapatkan buku DotCom Secrets ni)

Menariknya, apabila membaca email sebegini, ia membuatkan kita tak sabar sabar menanti email yang seterusnya.

Malah, subscriber kita akan lebih mudah yakin dan percaya kepada kita.

Pengasas teknik ni ialah Andre Chaperon

Saya banyak belajar daripada beliau lebih lebih lagi dengan panduannya Autoresponder Madness. Teknik Open Loop dan Cliffhanger beliau cukup powerful.

Tulis Email Promosi beserta Bonus

Jika anda pernah subscribe kepada list Affiliate Marketer, tidak kisah dalam negara atau internasional, ramai juga menggunakan teknik ni.

Lebih lebih lagi bila ada contest affiliate yang sedang berlangsung.

Anda akan dihumban dengan email yang banyak dan hype untuk BUAT BELIAN SEKARANG.

Teknik ini agak berkesan untuk sesetengah niche seperti Internet Marketing, tetapi selalunya agak dibenci dalam market niche yang lain.

Tulis email ringkas 2 hingga 4 baris sahaja

Internet Marketer terkenal seperti Neil Patel dan Tim Sykes selalu guna teknik ni.

Beliau hanya tulis beberapa ayat untuk naikkan rasa ingin tahu subscriber.

Kemudian, beliau akan minta mereka untuk klik link dalam email.

Kebanyakan info akan berada dalam landing page, pre sell page atau post blog yang diklik.

PAKAR EMAIL MARKETING MALAYSIA

Ala… semua orang puteh je. Tak ada 'orang tempatan kita' ke yang hebat dalam email marketing ni?

Apa itu Email Marketing Malaysia

Ada.

Secara peribadi, saya suka dengan cara beberapa orang Internet Marketer tempatan menulis email. Korang boleh follow diorang dekat media sosial dan subscribe email list diorang kalau nak tengok macam mana diorang tulis email.

Antaranya ialah:

Hazli Khalim

Saya letak beliau sebagai orang yang pertama sebab beliau adalah Internet Marketer underground. 

Tetapi, apa yang beliau ajar cukup lengkap dan kena dengan jiwa saya. Paling latest, beliau ada keluarkan satu panduan baru, Sekolah Jualan Lebat.

Bukhari Ramli

Saya letak beliau nombor 2 sebab saya sangat suka gaya beliau menulis email. (Copywriting).

Ramai orang akan cakap pasal ayat pukau, ayat power tentang copywriting, tapi tuan Bukhari ni pakai prinsip yang paling basic, tapi memang powerful.

2 orang kat atas ni, memang saya simpan semua email yang diorang hantar dalam satu folder gmail saya. Best belajar cara diorang tulis email.

Apa itu email marketing Bukhari Ramli

Oh ya, tuan Bukhari ada bagi panduan percuma bagaimana kisah seorang peniaga yang hampir GIVE UP pada tahun 2018 kerana jualan ciput. Tapi, beliau berjaya tingkatkan jualan 9X ganda pada tahun 2019. Boleh dapatkan panduan tu dekat SINI.

Apa itu Email Marketing - 9x-copywriting Bukhari Ramli

Iffat Salleh

Tuan Iffat ada keluarkan panduan email marketing cara beliau tersendiri. Panduan Pakar Email.

Memang akan ditunjukkan step by step macam mana beliau implemen teknik email marketing yang beliau dapat daripada pengalaman beliau sendiri.

Panduan Pakar Email - Apa Itu Email Marketing

Rahman Basri

Rahman Basri ada keluarkan ebook seni emel. Beliau bongkarkan segala rahsia email marketing beliau dalam ebook tersebut.

Beliau juga ada buat program 21 hari kumpul email list  sebagai program upsell bagi program Sistem Jualan Pro 4.0 beliau. Program ni memang detail. Beliau akan bimbing anda step by step bagaimana nak bina empayar email marketing selama 21 hari berturut turut.

Muaz Hadi

Memang sudah otai dalam niche internet marketing. Dengan pengalaman yang dia ada, dia sudah ada prinsip dan strategi tersendiri dalam siri email marketing beliau.

Kesimpulan

Ini semua hanyalah asas dalam email marketing.

Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui email marketing, jangan sesekali mendekati perbuatan spam.

Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya.

Kesimpulannya, email marketing merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.


Tags

apa itu email marketing, email marketing


You may also like

Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal
  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Nak dapatkan ebook berkualiti tinggi setiap minggu? Klik butang di bawah

    >