November 9

0 comments

Strategi Tepat Bina List Email

Macam mana nak bina list? Ada ke strategi yang tepat untuk bina list email?

Kita selalu dengar otai internet marketing akan bagitahu bahawa, 

"The Money Is In The List"

Sehinggakan orang cakap, setiap satu email dalam database kita bersamaan dengan 1.00 USD. (Kalau main market internasional)

Cumanya, ramai mereka yang newbie dan baru nak mula bisnes online, silap dalam cara mereka membina list. Saya boleh katakan, antara punca besar perkara ni terjadi ialah terlalu ghairah dan nak cepat dapat duit.

Jadi, apa yang mereka buat?

  • Beli list email yang banyak daripada orang lain. (Selalunya dekat black market)
  • 'Curi' email daripada komen dekat post di facebook.
  • Lepas orang subscribe, terus nak menjual.

Bila buat benda benda macam ni, ramai akan pelik dengan result yang mereka dapat.

"Aku dah ada 20,000 email list, tapi sale baru 2 3 ketul je. Kata 1 email 1 USD. Patutnya aku dapat 20,000 USD la sebulan. Scam betul la orang yang ajar email marketing ni." 

- Mamat - pembeli email list dekat black market.

Ok, kalau macam tu, macam mana strategi nak bina list email ni?

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk bina list email dengan betul.

Amaran! Benda ni memerlukan komitmen dan keringat, ramai orang nak shortcut dan nak cepat. Akhirnya, semuanya tak menjadi.

1. Kenal Pelanggan 

Langkah pertama untuk bina list email ialah dengan buat kajian tentang siapa pelanggan atau bakal pelanggan kita.

Kalau anda selalu pergi seminar atau buat bacaan tentang bisnes, kita perlu buat customer avatar.

Ilmu ni saya banyak belajar daripada Andre Chaperon, pakar email marketing. Setiap kali saya baca email dia, saya akan save, dan tak sabar nak tunggu email dia yang seterusnya. (Oh, kalau korang nak tahu, Andre ni ada ADHD, dia lambat bercakap dan susah nak mengeja dulu. Orang yang susah nak mengeja pun boleh power menulis email. Apa lagi alasan kita?)

Apa yang saya belajar dengan Andre, banyaknya kuantiti list tu bukan penentu untuk bina kekayaan dalam dunia online.

Tetapi ia soal ATTENTION (perhatian) dan TRUST (kepercayaan).

Sejauh mana, database pelanggan kita itu, benar bagi perhatian kepada apa yang kita sampaikan?

Sebab itu, orang upgrade quote yang dah cliche dekat awal artikel ni kepada,

"The Money is in the RESPONSIVE list"

Apa prinsip nak buat customer avatar?

Prinsipnya, kita kena kenal pelanggan kita, lebih daripada mereka kenal diri mereka sendiri.

Kenal bukan sahaja kenal demografi mereka, (jantina, umur, tinggal kat mana etc...).

Kita juga perlu kenal dan kaji dengan mendalam tentang psikografi mereka.

  • Apa masalah mereka yang paling serius
  • Apa yang mereka suka, atau nak capai
  • Apa yang mereka baca dan sembang setiap hari
  • Dekat mana diorang lepak dalam dunia online

Contoh Dalam Mengenal Pelangan

Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan.


Anda boleh senaraikan seberapa banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan. 


Contohnya di bawah:


  • Kebanyakan orang gemuk atau mengalami obesiti adalah seorang yang pendiam.
  • Mungkin perempuan atau lelaki.
  • Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
  • Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
  • Mudah sensitif
  • Rendah diri.
  • Pendiam.
  • Menyembunyikan perkara sebenar.
  • Sentiasa bernafsu untuk makan.
  • Sentiasa berada di dalam dilema
  • Tidak aktif bersukan.
  • Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
  • Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
  • Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
  • Tidak ada masa untuk melakukan senaman.

Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber anda dalam bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, anda perlu kecilkan lagi skop subscriber anda.


Katakan produk yang anda keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.

 

Berdasarkan tajuk produk anda, cuba ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut.


Kemudian, kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah.


  1. Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
  2. Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
  3. Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.

Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan.


Supaya apabila kita menghantar emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat.


Berdasarkan kriteria yang tertulis di atas, kita faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif.


Jadi, ketika ingin menghantar emel kepada mereka, jangan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list anda akan menjadi lebih responsif dari biasa.

Bila kita dah kenal dengan mendalam siapa pelanggan dan bakal pelanggan kita, barulah kita boleh pergi ke langkah seterusnya - BAGI SATU BENDA, APA YANG MEREKA NAK atau bahasa email marketingnya 'Lead Magnet'.

2. Sediakan Lead Magnet

Apa itu lead magnet?

Magnet sifarnya menarik. Sesuai dengan nama yang diberi, ia adalah magnet untuk menarik bakal pelanggan dengan rela hatinya memberikan email mereka untuk ditukarkan dengan nilai yang kita nak beri kepada mereka.

Dalam dunia online, anda tentu dah berhadapan dengan pelbagai jenis lead magnet.

Contoh Lead Magnet : Ebook Percuma

Ada si fulan yang katanya nak bagi ebook free pada kita.


Kmudian dia bagi link pada kita.


Bila kita tekan link tu, kita kena masukkan nama dan email untuk dapatkan ebook tersebut.


Dalam kes ini, ebook FREE itu adalah Lead Magnet.


Jika tiada ebook free, si fulan tu hanya datang pada kita dan minta email, adakah kita akan bagi? Sudah tentu TIDAK!

Lead magnet bukan hanya limit kepada ebook sahaja.

Bahkan, zaman sekarang, ebook dah terlalu banyak.

Pengguna internet dah mula bijak dan 'kedekut' dalam memberikan email mereka kepada orang lain. (Maklumlah, dah serik kena SPAM dengan internet marketer. Haha)

Antara contoh lead magnet yang ada ialah:

  1. ebook 
  2. artikel yang dijadikan pdf
  3. kupon diskaun
  4. free trial software
  5. siri panduan email
  6. panduan video
  7. webinar
  8. konten ekslusif untuk mereka yang subscribe sahaja
  9. swipe file
  10. checklist atau cheatsheet
  11. template
  12. komuniti ekslusif
  13. software percuma

Mengikut Digital Marketer, antara ciri lead magnet yang baik ialah:

  • Ultra Spesifik (target pelanggan, result yang mereka bakal dapat)
  • Fokuskan kepada SATU topik utama
  • Bagi apa yang bakal pelanggan betul betul NAK CAPAI dengan JELAS
  • Boleh selesaikan masalah bakal pelanggan dengan kadar SEGERA
  • Dapat tukar mindset dan hubungan bakal pelanggan dengan kita
  • DILIHAT sebagai mempunyai NILAI yang SANGAT TINGGI (bukan sampah dan sesiapa sahaja pun boleh dapat)
  • Bukan setakat dilihat, tetapi NILAI SEBENAR memang TINGGI. (Banyak orang hype bila cerita tentang lead magnet mereka, tetapi bila pelanggan dapat, tak seperti yang disangka)
  • Dapat dihabiskan dalam masa yang singkat. (Bukan ebook yang sampai beratus muka surat, sebulan baru dapat habiskan)

Okay, bila lead magnet dah berjaya disiapkan, langkah seterusnya ialah dengan kena buat platform untuk orang tengok tawaran kita. Bahasa internet marketingnya ialah "Landing Page".

3. Bina Landing Page

Apa itu landing page?

Landing page dalam bahasa mudahnya ialah tempat bakal pelanggan 'mendarat' dalam mengenal bisnes kita.

Bila buat website, ramai orang sibuk nak cantikkan Homepage website, sedangkan bakal pelanggan kita bukannya datang daripada homepage website. Selalunya mereka akan mula kenal kita dengan landing page kita.

Justeru, fungsi landing page ni sangat penting dalam perjalanan pelanggan mengenali bisnes kita dan akhirnya bertukar menjadi customer.

Ada banyak mazhab dalam membina landing page. Namun, secara ringkasnya, semuanya bergantung kepada 'sales funnel' atau corong jualan dalam bisnes anda.

Andre Chaperon, email marketer terkenal menggunakan teknik multiple presell page. Ini kerana, beliau mahukan mereka yang subscribe kepada email list beliau memang betul betul berkualiti dan mempunyai 'wavelength' yang sama dengannya.

Majoriti internet marketer menggunakan landing page dengan menggunakan 'Squeeze Page'.

Apa itu Squeeze Page?

Squeeze page ialah satu page website, yang pengunjung tak boleh buat benda lain selain letakkan email email mereka. Dalam squeeze page akan ada:

  • Headline, 
  • Sub Headline,  
  • Ruangan untuk letak email 
  • Butang Call To Action.

Antara formula landing page yang best ialah formula "Hook, Story, Offer" daripada Russel Brunson, owner software Clickfunnels. Saya rasa formula ini lebih mudah untuk dipraktikkan.

Dalam membina landing page yang baik, Russel menyarankan kita bermula terbalik iaitu Offer, Story, Hook.

OFFER

Apa yang bakal kita tawarkan kepada pengunjung landing page kita?

Dan tawaran ini adalah lead magnet yang kita sudah bincangkan sebelum ini.

Tawaran yang baik ialah tawaran yang memfokuskan apa "BENEFIT" atau "APA YANG PENGUNJUNG BAKAL DAPAT ATAU CAPAI" dengan barang yang kita nak bagi.

Kebanyakan newbie dalam internet marketing akan memuntahkan 'Ciri' produk mereka berbanding apa yang produk mereka dapat bagi kepada pelanggan.

Dalam landing page, OFFER selalunya diletakkan dalam butang Call To Action.

Nak Call To Action yang lebih ummphh? Cuba tips ni:

  • Masukkan unsur humor dalam CTA anda, bukan setakat, "SAYA NAK" atau SUBSCRIBE NOW
  • Masukkan nilai dalam CTA. Contoh : "SAYA NAK TAMBAH SUBSCRIBER SAYA JADI 1000 DALAM MASA 30 HARI".
  • STORY

    Manusia secara azalinya sangat tertarik dengan cerita.

    Justeru, landing page yang baik perlu ada cerita yang terselit.

    Kita sering ada masalah. Terutama bila kita dah tahu atau pakar dalam sesuatu bidang.

    Kita lupa macam mana kita yang dulu, sebelum kita tahu atau pakar dalam bidang tersebut.

    Apa yang berlaku? Kenapa kita boleh tertarik dengan topik atau produk yang kita tawarkan?

    Ceritakan pengalaman tersebut.

    Atau, kalau rasa tak selesa cerita pasal hal peribadi, cerita tentang pengalaman pelanggan sebelum ini.

    HOOK

    Hook ialah umpan untuk menarik perhatian bakal pelanggan.

    Selalunya, hook terletak dalam headline.

    Sekiranya anda peruntukkan 100 minit untuk buat landing page, 80 minit sepatutnya diperuntukkan untuk menentukan 'hook yang terbaik'. (Prinsip Pareto)

    Oh ya! Landing page bukan hanya limit kepada Squeeze Page sahaja. Antara idea lain yang juga bagus untuk dapatkan subscriber ialah:

    • Content Upgrade (Buat artikel blog dan minta pembaca bagi email untuk dapatkan info yang lebih power)
    • Survey
    • Contest
    • Quiz

    4) Sambungkan form di landing page dengan autoresponder

    Bila dah buat landing page, pastikan anda sambungkan form di landing page kepada autoresponder pilihan anda.

    PERINGATAN DALAM MEMILIH AUTORESPONDER

    Dalam pasaran sekarang, ada pelbagai jenis autoresponder.

    Bila macam tu, orang selalu akan tanya, "Apa autoresponder yang paling bagus?"


    Jawapan saya mudah. Bergantung kepada apa yang anda ingin capai dengan email marketing.


    Namun begitu, jangan mudah terpengaruh dengan 'harga' yang ditawarkan.

    Ingat! Email marketing adalah nadi kepada bisnes anda.


    Betapa banyak mereka yang keluarkan autoresponder yang kononnya lifetime, akhirnya terkubur begitu sahaja.

    Antara autoresponder yang bagus yang pernah saya pakai dan saya boleh recommend:

    • Aweber (Antara otai paling lama dalam email marketing sevices. Agak mesra affiliate)
    • Getresponse (Fungsi automasi dan tag yang lebih advance daripada aweber)
    • MooSend (Fungsi automasi lebih hebat daripada GetResponse, dan yang bestnya, PERCUMA sehingga 1000 subscriber pertama)
    • GetGist (Saya dapatkan software ni sewaktu ada lifetime di Appsumo dulu. Dan, disebabkan fungsi yang agak bagus, saya upgrade ke pakej bayaran tahunan. Bukan setakat email autoresponder, tapi ada sediakan chatbot untuk website dan support system)
    • MaillerLite (Yang ni saya pakai yang versi percuma sahaja)

    Sekarang semuanya dah mudah.

    Tambah tambah bila dah ada bermacam jenis page builder di pasaran.

    Anda hanya perlu copy 'HTML code' daripada autoresponder pilihan anda.

    Kemudian paste di ruangan yang anda mahu pelanggan masukkan email.

    5) Bina thank you page

    Thank you page ialah page yang pelanggan akan jumpa setelah pelanggan masukkan email dan tekan butang subscribe.

    Thank you page ni sangat baik untuk branding atau memberikan tawaran 'upsell'.

    Oh, jangan lupa untuk bagi langkah untuk dapatkan apa yang anda tawarkan di landing page sebelum ini dalam thank you page ni. Karang, habis orang kecam cakap anda scam dan cakap tak seruba bikin. Hehe.

    Dan, antara benda yang newbie lupa untuk buat dalam thank you page ialah: ajar subscriber untuk whitelist email anda.

    6) Tarik trafik atau promote landing page anda

    Ni part yang jarang orang buat.

    Ramai bila dah buat landing page, dok mengharap trafik atau pelanggan akan turun dari langit.

    Ni mindset yang silap. 

    Kalau ikut Pareto Principle, hanya 20% tenaga kita harus digunakan untuk siapkan content, 80% lagi harus fokus kepada promotion.

    Dalam bisnes online, topik tarik trafik adalah topik yang sangat HOT!

    Secara ringkasnya, trafik terbahagi kepada tiga, dan saya pernah terangkan dalam artikel cara nak mulakan bisnes online tanpa modal sebelum ni.

    Itu sahaja untuk perkongsian kali ni.

    Kata guru saya, yang penting ialah buat, buat dan buat.

    Result mungkin tak dapat dirasai sekarang. Itu adalah risiko dan lumrah dunia keusahawanan.

    Apa yang penting ialah teruskan mencuba dan bereksperimen. Pasaran akan tentukan sama ada tawaran anda hot ataupun tidak.

    Belajar sesuatu? Nak minta share sikit boleh? Supaya lebih ramai orang tahu pasal ilmu ni dan dapat manfaat.


    Tags

    list building


    You may also like

    Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal
    {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Nak dapatkan ebook berkualiti tinggi setiap minggu? Klik butang di bawah

    >