MANIFESTO

"Membentuk keusahawanan sebagai satu KARAKTER, bukan sekadar 'kerja' atau 'punca rezeki

-Hakem, Founder BisnesOnline.net-

Bermula dengan 'Kebencian'


Saya bermula dengan benci kepada wang dan kekayaan.

Alasan saya ialah wang bererti tamak, terkait dengan orang yang hanya pandang dunia semata, gilakan kuasa sampai rasuah orang lain, tetapi kedekut bila nak buat benda baik. Itu dulu.


Sehinggalah pada satu hari, ada seorang sahabat minta saya baca buku Rich Dad Poor Dad.


Lepas baca buku tu, saya tak dapat tidur malam.

Sebab, dia terlalu menganggu sistem kepercayaan saya.

Lebih lebih dengan konsep "Financial Freedom" atau Kebebasan Kewangan.

Jalan Yang Berliku

Berbekalkan kepercayaan baru, saya mulakan pengembaraan dalam dunia financial ini.


Pada mulanya, sangat optimis dengan jalan yang dipilih.

Macam kebanyakan orang, tulis nak capai financial freedom dalam 1 Tahun.

Mencuba itu dan ini.


Daripada pelaburan hartanah, emas, terjebak dengan network marketing atau MLM, terpengaruh dan ditipu dengan skim cepat kaya, sehingga akhirnya berhutang dengan ahli keluarga (Ini yang paling memberi kesan kepada saya).


Sehingga terkadang saya bertanya, "Ya Allah, bukankah niat aku memilih jalan ini untuk kebaikan sejagat, kenapa ini yang aku dapat?"

Guna Segala Yang Ada Untuk Memberi

Diri ini tidak sedar, bahawa dengan liku itu, penuh hikmah dan pengajaran.


Walaupun bukanlah kebebasan kewangan yang dikecapi.

Tetapi, diri ini tetap BEBAS.

Bebas memilih apa yang ingin dicapai dalam hidup.

Bebas menyuarakan apa yang perlu disuarakan.


Sebelum nak capai kebebasan kewangan, kita sendiri kena bebas terlebih dahulu. Tidak menjadi hamba kepada sesiapa.... kecuali DIA!


Dengan ilmu yang dipelajari, saya berjaya bangunkan sebuah syarikat sosial bagi pesakit mental bermula tanpa modal.


Dengan izinNya, syarikat sosial tersebut berjaya berkembang dengan baik sehingga kami berjaya menggajikan pesakit sendiri, dan memenangi beberapa anugerah di peringkat Nasional.

Usahawan adalah Karakter

Berkat pengalaman yang ada, saya dapati usahawan itu sebenarnya adalah satu karakter yang perlu ada pada diri setiap manusia.


Sebabnya apa?

Dalam dunia pekerjaan, ramai yang memilih jalan 'mangsa keadaan'.

"Memang dari dulu lagi dah buat macam ni, so, kita ikut je la"

Mereka tidak akan pernah menjadi agen perubahan.

Mereka hanya tukang ikut, tukang komplen, dan sebenarnya pekerjaan itu dibuat hanya sekadar kerja nak dapatkan wang saku.


Cuba bandingkan dengan dunia perniagaan, berapa ramai peniaga yang hanya menunggu bantuan daripada pihak atasan.

"Macam mana kita nak berjaya, kerajaan bukan nak tolong"

"Ni semua salah orang Cina!"

Dan macam macam lagi.


Lihat bagaimana hidup mereka yang sebegini.

Mereka mungkin 'buat duit', tapi mereka kekal terjajah, TIDAK BEBAS.


Usahawan itu agen perubahan.

Usahawan itu mampu melihat peluang daripada masalah yang datang.

Usahawan itu mampu membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Usahawan itu yang bakal mencorakkan masa depan ekonomi sesebuah negara.

“Biar Pelanggan Berbicara”

"Jujurnya saya suka berurusan dengan Encik Hakem. Ore klate cakap mudoh baso. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cuma kalau boleh open banyak sikit offer software tu. Haha. Yang paling best, setiap kali offer setakat ni memang ada je surprise gift yang dapat. Overall 5 stars!"

Syahidul Hakim

Kenapa Pilih Bisnes Online?


Dalam banyak perjalanan menuju financial freedom, kenapa bisnes online yang saya pilih?

  • Automasi. Bisnes masih boleh berjalan walaupun diri sibuk menjalan kerja hakiki.
  • Kos Mula Yang Minimum. Hanya perlukan laptop, internet connection dan ilmu yang betul.
  • Tidak hanya tertumpu kepada pasaran dalam negara. Boleh berurus niaga dengan SATU DUNIA!

Semoga laman web ni mampu memberikan manfaat kepada sejagat.

Jika ada apa apa masalah atau pertanyaan, boleh klik butang di bawah untuk hubungi saya.

>