Macam mana cara nak mulakan bisnes online tanpa modal? Betul ke wujud bisnes tanpa modal ni? Secara jujurnya, tak ada benda FREE dalam dunia ni. Semua akan pakai 'tenaga'. Sama juga dalam erti kata modal dalam nak mulakan bisnes online. KITA TETAP AKAN PAKAI MODAL, sama ada duit, tenaga atau masa.
Antara pelajaran penting yang saya dapat daripada buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki (saya rasa ini merupakan pengajaran yang cukup besar dalam hidup) ialah ORANG KAYA menilai,
"Masa lebih BERNILAI daripada duit"
- Robert Kiyosaki -
Justeru, kalau belum ada duit, belum cukup modal, maknanya, peringkat awal, kita kena 'kerja keras', kena pakai banyak tenaga dan masa.
Analoginya, sama macam kapal terbang atau roket.
Nak berlepas, perlukan banyak tenaga.
Fasa ini ialah fasa yang sangat kritikal.
Andai anda dalam keadaan terdesak, dan memerlukan duit segera, nasihat saya: cari kerja atau berkulilah dahulu KHUSUSNYA dengan mana mana mereka yang dah berjaya dalam perniagaan.
Kenapa Bekerja DAHULU lebih baik jika memang dalam keadaan 'terdesak'?
Anda akan dapat gaji.
(untuk tampung perbelanjaan hidup dan simpan buat modal bisnes)
Anda boleh belajar macam mana sistem dan mindset seorang peniaga yang berjaya dengan majikan anda.
Anda boleh guna masa yang anda tidak bekerja (contoh pada waktu malam) untuk bina empayar bisnes online anda.
Ok baiklah, berbalik kepada macam mana cara nak mula bisnes online tanpa modal.
Antara benda yang boleh dibuat kalau 'kurang modal':
1) Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Marketing
Kenapa Affiliate menjadi pilihan saya yang pertama?
Sebab memang sangat mudah dan simple.
Anda tak perlu keluarkan modal untuk beli produk terlebih dahulu.
Anda tak perlu risau kena buat produk, cari store untuk simpan produk, buat website cantik cantik untuk promote produk.
Tu semua kerja owner produk.
Anda hanya perlu promosikan link jualan.
Apabila ada prospek klik link anda dan buat belian, anda akan dapat komisen.
Nampak mudah bukan?
Tapi, realitinya tak semudah itu.
So, kalau susah, kenapa saya letak affiliate sebagai pilihan pertama?
Sebab anda akan belajar cara menjual dengan betul.
Nak berjaya dalam affiliate, kena lihat affiliate sebagai satu bisnes.
Kalau nak berbisnes, kena tahu asas bisnes.
Kalau ikut mentor saya, ada 3 prinsip asas dalam bisnes.
Prinsip Asas Dalam Bisnes
Market
Siapa bakal pelanggan anda.
Benda ni maha penting.
Tetapi, jarang yang ambil masa untuk buat benda ni.
Dan, setiap kali anda pergi seminar, ramai otai marketer akan tekankan soal ni.
Percayalah pada saya, cukup berbaloi untuk peruntukkan masa hadam, kaji betul betul tentang siapa bakal pelanggan anda.
Kaji ni bukan sekadar tahu demografi dia, (macam umur dia berapa, dia tinggal kat mana, ramai lelaki ke perempuan)...
....tetapi kita juga kena tahu psikografi dia. (Apa impian dia, apa cabaran yang dia sedang hadapi, buku apa yang dia baca, blog apa yang dia buka setiap hari)
Mesej
Bila dah kenal bakal pelanggan, barulah kita tahu apa yang kita perlu cakap pada dia. Bahasa marketing yang mungkin anda pernah dengar bagi buat mesej ialah "copywriting".
Ilmu copywriting antara ilmu yang cukup mahal untuk kita dalami kalau betul betul serius nak kembangkan empayar bisnes online.
Sebab apa?
Sebab ramai orang bisnes hanya nak tulis atau sampaikan apa yang 'mereka rasa' perlu sampaikan. Dalam erti kata lain, apa yang MEREKA nak pelanggan tahu. Itulah akhirnya jadi asyik nak menjual dan bagi diskaun je dekat profile facebook.
Copywriting ialah proses memberi maklumat apa yang pelanggan NAK dengar dan baca. Sebab tu, sebelum buat copywriting (mesej), kena kenal pelanggan dulu (market). Bahkan kita lebih kenal diri pelanggan, lebih daripada mereka kenal diri mereka sendiri.
Itulah kehebatan mereka yang pakar dalam bidang copywriting.
Media
Media ialah cara kita nak sampaikan mesej kita kepada market atau pelanggan kita.
Sebab tu sekali lagi kita kena tahu pelanggan kita 'ada' dekat mana di dunia online.
Sebagai contoh, kalau bakal pelanggan kita ialah ibu ibu yang nak buat side income dengan hanya kerja kat rumah je, mungkin mereka ada banyak di facebook group tips tips berkaitan wanita, tips penjagaan anak yang baik dan sebagainya.
​
Bila kita tahu di mana pelanggan kita ada, kita akan tahu cara untuk sampaikan mesej marketing kita pada mereka di situ.
Media boleh jadi dalam bentuk tulisan seperti post di media sosial, blog, artikel, keratan akhbar.
Media juga boleh jadi dalam bentuk audio seperti podcast, rakaman audio mp3.
Malah, sekarang ialah zaman video sebab semua orang sudah dapat akses kepada internet yang agak laju.
Apa sahaja jalan untuk mesej kita sampai kepada pelanggan, itu adalah media. Faham?
Ringkasan Affiliate Marketing
Berikut merupakan ringkasan maklumat tentang affiliate marketing.
Kelebihan
Kekurangan
Kesimpulan:
Affiliate Marketing adalah satu cara buat duit online tanpa modal yang sangat mudah untuk dipelajari. Cuma, ia harus dimulakan dengan mindset yang betul, berguru dengan mentor yang betul untuk mendapat teknik dan ilmu yang tepat.
NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG AFFILIATE?
Ada otai affiliate yang nak dedahkan macam mana beliau jana 6 angka hanya dengan bisnes affiliate. Ni bukan hype, memang beliau dah lama buat affiliate.
Beliau akan dedahkan step by step macam mana beliau buat.
Klik link dekat bawah kalau nak tahu lebih lanjut.
2) Mula Bisnes Online Tanpa Modal Jadi Agen Dropship
Dropship ni konsep dia lebih kurang sama macam affiliate marketing.
Cuma, affiliate kebanyakannya ada untuk produk digital. (Ebook, Panduan Video, Email dan sebagainya)
Dropship pula untuk produk fizikal.
Yang bestnya,
Tugas bila jadi dropshipper ni, anda hanya perlu promosikan produk tersebut.
Anda tak perlu simpan produk kat bawah katil kat rumah.
Anda tak perlu pening fikir pasal nak pos produk kepada customer, sebab semua tu owner produk yang akan buat.
Plus, anda juga dapat beli produk tersebut dengan harga dropship.
Cuma, (Sila baca betul betul), masalahnya lebih kurang macam affiliate marketing.
BUKAN ANDA SEORANG SAHAJA YANG BUAT DROPSHIP!
RAMAI!
BAHKAN SANGAT RAMAI!
Selalunya apa masalah yang berlaku?
Ringkasan Agen Dropship
Berikut merupakan ringkasan untuk agen dropship:
Kelebihan
Kekurangan
Kesimpulan:
Jadi agen dropship adalah satu cara untuk buat duit secara online tanpa modal yang mungkin memerlukan sedikit skill untuk bermula, tetapi apabila sudah dapat rentak, bisnes akan berkembang dengan sangat cepat.
Jadi, nak ceburi bidang dropship, kena berguru dengan orang yang betul.
Dalam Malaysia, Team Shopievo pernah gegarkan industri bisnes dropship pada awal tahun 2016.
Dengan panduan Shopievo 1.0, mereka bangkit menjual produk fizikal secara dropship ke pasaran luar negara seperti United State dan United Kingdom melalui Shopify (sebuah platform kedai online eCommerce).
Tahun 2017, mereka bangkit lagi dengan Panduan Shopievo 2.0 dengan memfokuskan bisnes dropship dalam pasaran tempatan.
Ada beberapa student daripada program ni dah capai sehingga 7 Angka USD setahun. (Dalam USD tau, bukan RM)
NAK BELAJAR CARA BUAT DROPSHIP DENGAN OWNER SHOPIEVO?
Owner panduan Shopievo, Tuan Wazeen akan kongsi cara beliau jumpa produk HOT untuk dijual secara Dropship mahupun borong secara LIVE!
Sebagai orang yang serius nak mulakan bisnes online secara dropship, anda tentu akan dapat banyak manfaat dengan perkongsian beliau ni.
Klik butang di bawah kalau anda berminat untuk belajar ilmu 'spy' beliau.
3) Mula Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Content Marketing
Ada banyak lagi cara nak mulakan bisnes online tanpa modal, tapi saya pilih content marketing sebagai pilihan yang ketiga.
Kenapa?
Sebab ia sangat powerful.
Tetapi, pulangannya tak secepat buat affiliate dan dropship.
Tahukah Anda?
Anda mungkin akan buat benda ni selama setahun, atau mungkin lebih tanpa apa apa pulangan atau keuntungan.
Tetapi, apabila 'tiba waktunya', anda akan melihat satu lonjakan yang sangat dahsyat.
Ramai saya lihat mereka yang cukup konsisten dengan content marketing, sekarang sudah dilihat sebagai expert dan jadi rujukan ramai.
Sekarang, mereka tak perlu risau tentang 'trust', sekali mereka promosikan sesuatu produk, berduyun duyun orang akan sambar.
Pada waktu itu, anda nak jual produk sendiri, nak buat affiliate, nak buat dropship, semua tidak menjadi masalah.
Cuma....
Ramai tak mahu buat benda ni sebab tak nampak habuannya SEKARANG...
...depan mata.
Jadi, ramai yang mengejar bermacam macam produk, lepas jual tu, jual ni kerana memikirkan komisen yang 'sedikit tapi segera' tu.
"Tapi tuan, saya memang perlukan duit segera!"
Sebab itu, pada peringkat awal saya sarankan, kalau anda dalam keadaan tu, cari kerjalah dulu.
Pada masa yang sama, bina empayar bisnes online anda pada waktu lapang.
Tanamkan niat.
Pacakkan matlamat.
InsyaAllah suatu hari nanti, anda boleh 'pecat majikan anda'.
Dan mulakan empayar bisnes online anda sendiri.
NAK BELAJAR CARA BRANDING DAN PENULISAN VIRAL DI FACEBOOK?
Ada 8 Influncers dekat Malaysia nak kongsi tips macam mana mereka bermula dan capai bilangan followers mereka di dunia online. Mereka dulu pun, macam anda juga. Tetapi, mereka tergolong dalam golongan yang 'sabar' dalam content marketing. Sekarang, mereka sudah ada empayar sendiri.
4) Mula Bisnes Online Tanpa Modal Dengan Jual Servis Kepakaran Anda
Anda ada skill atau bakat terpendam?
Dalam dunia online, anda boleh jual servis anda kepada mereka yang memerlukan.
Jangan Terkejut!
Dalam dunia ni manusia punya pelbagai impian dan demand.
Dan, bestnya apabila bermula dengan bisnes buat servis ialah nilai servis anda ditentukan oleh anda sendiri.
Jika kena caranya, anda mungkin akan berjumpa dengan 'pelanggan impian', yang sanggup bayar servis anda dengan harga yang sangat tinggi.
(Sebab itu, pentingnya kita kenal siapa yang bakal jadi pelanggan kita ---- sekali lagi saya tekankan)
Sebagai contoh, anda memang pakar bahasa jepun.
Anda boleh ke fiverr.com dan daftar untuk buat servis translate bahasa jepun kepada english atau bahasa melayu.
Saya sendiri pernah buat servis translate bahasa inggeris kepada loghat Kelantan (pun ada permintaan).
Di Malaysia, saya melihat ramai yang buat servis bina laman web.
Jika anda punya kepakaran tersebut, sudah tentunya anda boleh berjumpa dengan mana mana syarikat yang belum ada laman web (khususnya mereka yang berniaga offline), dan promosikan servis anda kepada mereka.
Semoga perkongsian ini dapat beri idea untuk anda mulakan empayar bisnes online anda.
Saya doakan anda berjaya jika anda komited dengan apa yang anda buat.
Kalau ada idea lain, boleh bagitahu dekat ruangan komen, mudah mudahan dengan ilmu yang anda kongsi akan jadi bekalan untuk kita di sana nanti.
Salam inspirasi. Salam pencerahan.