September 18

0 comments

Ecomdiver Review (Updated November 2019)

Ecom Diver Review Bisnes Online Dot Net

Review Produk EcomDiver

Detail Produk

  • Nama Produk: EcomDiver
  • Niche Produk : Dropship, E-commerce
  • Jenis Produk : Desktop Software
  • Pemilik Produk : Iffat Salleh
  • Tarikh Pelancaran : September 2019
  • Status Produk : Masih berfungsi dan dikemaskini dari masa ke semasa
  • Group Support : Disediakan. 
  • Pakej & Harga : RM 197 untuk 1 PC setahun, RM 297 untuk 2 PC 1 tahun, RM 330 untuk 3 PC 1 tahun.

Fungsi

Software sangat mudah digunakan hatta untuk newbie sekali pun. Cuma, masih ada bug atau lagging sedikit, dan website TaoBao hanya untuk mereka yang pandai baca tulisan Mandarin.

Harga

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding software yang lebih kurang sama di pasaran. Juga disediakan pilihan untuk buat belian secara bundle.

Support

Iffat Salleh memang terkenal dengan support yang tip top. Dalam group support software dan panduan beliau sebelum ini, beliau akan selesaikan masalah dan reply sendiri semua pertanyaan yang ditanya oleh customer.

Overall rating :  4.5 / 5

Apa Itu Ecom Diver?

Ecom diver ialah satu software yang memudahkan anda untuk buat market dan produk research dalam 7 marketplace e-commerce terbesar, sesuai dengan pasaran Malaysia.

"Hmmm... Boleh buat sendiri la benda ni!"

Betul. Saya setuju. Memang boleh buat sendiri secara manual.


That's why fungsi software ni adalah MEMUDAHKAN.

Anda dapat jimat masa.

Tak perlu buka banyak tab untuk buat semua kerja research.


Pernah tak anda alami situasi macam ni bila buat bisnes dropship / e commerce?

  • SUSAH BETUL NAK CARI PRODUK HOT, BILA DAH JUMPA, TREND DAH HUJUNG HUJUNG DAH
  • Jealous betul tengok orang yang dapat detect awal produk tu akan laku keras kalau jual dekat pasaran Malaysia.
  • Kita pula, asyik terlambat je. Baru je dapat supplier yang berkualiti, produk dah makin hambar, dan trend pun dah habis.
  • HARGA PRODUK DAH MURAH, TAPI KUALITI SERVIS DAN PRODUK PULAK HAMPEH!
  • Payah betul nak cari supplier yang berkualiti.
  • Tak pasal pasal asyik kena komplen ngan customer.
  • Barang lambat sampai la. Barang rosak la. Tak sama macam dalam gambar la.
  • Yang nak kena hadap customernya, kita. Kalau kita buat dropship. Tebal muka lah nak mengadap customer
  • Iklan dah buat. Sekali habis duit je derma kat Mat Juki.
  • Sales ZERO.
  • Nampak dropshipper lain jual produk sama, laju je habis. Kenapa bila kita jual, semua orang macam tak nak beli?
  • "Salah ke cara aku ni? Ke ada sebab lain yang orang lain buat, tapi aku tak buat?"
  • Persaingan sengit tahap gaban.
  • PERANG HARGA! Ada beberapa pihak yang akan main potong harga bila persaingan dah tinggi.
    So, akhirnya untung dan komisen jadi sedikit.
    Dan, kita pun akan rasa letih dan tak berbaloi untuk buat semua aktiviti marketing.

3 Kesilapan Newbie Selalu Buat Dalam Dropship / Ecommerce


Berikut merupakan kesilapan yang newbie selalu buat bila ceburi bidang dropship:


1) Tak Buat Market Research Tentang Niche Yang Ingin Diceburi


'PRODUK IS NOTHING!'


Tak kisah apa produk yang kita jual, pelanggan tak kisah pun tentang produk tu.


Yang diorang kisah ialah, adakah produk tu dapat selesaikan masalah diorang, atau mampu berikan APA YANG DIORANG NAK.


Ada demand ke niche yang ingin diceburi?

Siapa target market dalam niche tersebut?

Apa yang diorang selalu komplen bila beli produk dalam niche ni?

Apa yang diorang idamkan dengan produk dalam niche ni?

Dekat mana diorang selalu lepak, ada komuniti diorang sendiri tak?


Antara sebab kenapa ramai newbie tak buat benda ni ialah ia memang makan masa.


Kalau boleh, kita nak buat duit mudah dan cepat.


Percayalah....


Market research memang akan makan masa, tetapi akan sangat membantu gerak kerja bisnes selepas itu.


2) Jual Produk Hanya Sebab Nak Margin Untung Tinggi


Tak salah pilih produk yang margin untungnya tinggi.


Kalau sebelum ni dah kaji apa yang pelanggan nak dalam niche tertentu, kita kena kaji pula tentang produk yang ada dalam niche tersebut.


Sebab?


Kita nak jual produk yang memang orang nak beli.

Kita nak jual produk yang berkualiti.

Kita nak elak jual produk daripada supplier yang bermasalah.


Apa yang perlu dibuat?

Tengok reputasi supplier.

Shipping time macam mana?


Validate produk terlebih dahulu sebelum ambil stok banyak banyak dengan supplier.


Tanya ada tak yang berminat kalau anda nak jual produk tu.


Intai iklan pesaing, adakah produk ini juga mendapat respon yang menarik daripada prospek mereka?


3) Tak Simpan Database Prospek dan Customer


Bila database tidak disimpan, sudah tentu tidak ada sales funnel / corong jualan.


Jadi, aktiviti harian akan tertumpu kepada 'mencari pelanggan baru'.

Tidak ada aktiviti follow up dalam proses jualan.


Sedangkan, ramai lagi pelanggan yang sebenarnya nak membeli, tetapi belum tepat masanya, atau belum cukup sebabnya untuk membeli pada ketika itu.

Apa Yang Anda Akan Dapat Dengan Software EcomDiver?


1. Dapat Cari Produk Yang Mempunyai Permintaan Dengan 1 Klik Sahaja


Software ni akan sajikan anda dengan beratus ribu database produk hot daripada 7 Marketplace terkenal seluruh dunia.


Hanya dengan beberapa klik dan beberapa saat sahaja, anda boleh extract ribuan produk hot di semua marketplace pilihan anda.


Bila dah jumpa produk yang best, anda boleh sort semua filter ikut keperluan anda sama ada ikut harga terendah, termahal, kuantiti minimum dan sebagainya.


Anda boleh filter produk mengikut 18 tapisan yang disediakan dalam sistem termasuk harga, rating.


Anda boleh download dan simpan semua senarai produk tersebut di komputer anda untuk rujukan masa depan dalam format excel atau csv.


Anda boleh download dan simpan gambar produk untuk kegunaan ketika anda masukkan produk ke dalam kedai.


2. Tutorial Penggunaan Software


Takut nak beli software sebab takut tak reti guna?

Jangan risau, bila dah buat belian, akan ada video tutorial disediakan.


Dan, software ni tak ada lah kompleks tahap gaban.


Klik klik je dah boleh pakai.


Kalau tak reti ke, ada masalah ke, roger je tuan Iffat dalam group khas.

InsyaAllah dia sangat responsif dan membantu kalau ditanya.


3. FB Group Support


Macam saya cakap kat atas, Iffat Salleh terkenal dengan support system yang cukup baik.


Jika ada masalah dengan software, anda boleh utarakan dalam group premium yang disediakan kepada pembeli software ni.


4. Update & Fixes Software


Dalam banyak banyak, saya rasa ni yang paling penting.


Ramai orang buat software, lepas tu tinggal. Lepas 2 3 bulan, outdated, berhabuk dan tak boleh pakai.


Iffat Salleh dah launch beberapa software dekat Malaysia, dan alhamdulillah, setakat ni, memang updated.


EcomDiver Updates & Bug Fix

Dalam minggu pelancaran pun, developer EcomDiver dah buat banyak bug fix dan updates.

Ecomdiver Updates October 2019

Updates Oktober 2019: Dah ada translation untuk 1688 dan TaoBao. Memang terbaik!

Strategi Nak Guna Software EcomDiver Sebaik Mungkin?

1.

TETAPKAN NICHE YANG KORANG NAK CEBURI

Saya rasa ni step yang paling penting.

Supaya anda lebih fokus dan tak lompat lompat niche.


Antara penyakit orang yang baru nak berniaga ialah 'Shiny Object Syndrome'. 


Bila kita tengok orang jual benda tu, kita nak jual benda tu. 

Bila kita tengok orang berjaya jual benda ni, kita pun nak jual benda ni jugak. 


Last sekali, sampai bila pun kita tak dapat kuasai niche yang kita ceburi.

2.

CARI PRODUK HOT DENGAN ECOMDIVER

Apa definisi hot?

Kita tak pernah dapat tipu market atau pelanggan.


Dan, kita tak akan dapat agak apa yang market nak.
Jadi, definisi 'hot' bagi saya ialah produk yang paling banyak terjual.


KAJI PRODUK HOT TERSEBUT


Nak berjaya, kena tiru orang yang berjaya.
Sebab tu penting buat kajian.


Apa yang perlu kaji?


Apa tajuk yang digunakan untuk menjual.
Apa gambar yang digunakan.
Cara dia susun surat jualan (salespage) dia.

3.

SORT DAN FILTER PRODUK HOT MENGIKUT REVIEW

Lepas dah jumpa produk hot dalam niche korang, saya sarankan korang sort dan filter ikut review.

Sebab apa?
Sebab kita nak kenal bakal pelanggan.
Aktiviti ni paling penting, sebab bila dah kenal pelanggan ni, korang bukan sahaja boleh jual satu produk, tapi korang boleh jual bermacam macam produk dekat pelanggan yang sama.

Bila dah sort, klik URL produk tersebut dan baca review yang ditulis oleh pelanggan.


Dekat sini, korang akan kenal bahasa pelanggan.


Baca bukan sekadar review yang 5 bintang je, baca juga komen pelanggan yang bagi rating rendah.


Apa yang diorang tak suka, supaya korang boleh elak semua benda tu.


Masukkan semua maklumat ni dalam "Customer Avatar" korang.

4.

VALIDATE PRODUK

Alright... Dah ada maklumat pelanggan dan produk, step seterusnya ialah cuba validate produk dekat pasaran tempatan.
Caranya, mungkin boleh guna facebook profile, group atau group whatsapp.
Tanya soalan simple je,

"Ada tak dekat sini yang dia atau family dia ada [MASALAH NICHE ANDA], saya boleh tolong"


"Ada tak rakan saya dalam ni yang nak [SOLUSI YANG PRODUK HOT ANDA BOLEH BAGI]?"

Kalau memang banyak permintaan, memang boleh all out dengan produk tu.

5.

CUBA JUAL PADA 10 ORANG PERTAMA

Kalau anda baru bermula, bila dah validate, cuba jual pada 10 orang pertama.


Ini penting untuk dapatkan pengalaman menjual dan kenal pasti flow atau proses dalam menjual.


Daripada kaji produk dan pasaran, validate produk, dapatkan prospek atau mereka yang berminat, follow up dan close sale, seterusnya ialah proses penghantaran produk kepada customer.


Dalam proses ini juga, amat baik sekiranya kita dapatkan testimoni daripada pelanggan tersebut.

6.

TINGKATKAN BILANGAN PROSPEK DAN PELANGGAN DENGAN IKLAN BERBAYAR

Bila produk memang dah proven ada pasaran, bolehlah tingkatkan lagi trafik dengan iklan berbayar.


Banyak panduan di luar sana yang ajar tentang benda ni.


Antara yang saya sangat suggest untuk iklan berkaitan ecommerce dan dropship ialah Fast Track Ecom Dropshipping.

Siapa Golongan Yang Akan Dapat Manfaat Dengan Software Ecom Diver

  • Peniaga di Shopee, Lazada, Qoo10 & Prestomall : Anda boleh spy produk hot & banyak jualan di 4 marketplace tersebut, kemudian anda jual produk yang sama untuk tumpang gelombang jualan.
  • Pemilik Ecommerce Shopify & Woocommerce: Anda boleh cari produk hot dan masukkan semuanya ke dalam ecommerce anda mengikut niche & kategori pilihan. 
  • Ejen Dropship: Anda boleh terus cari supplier produk yang hot & ada demand yang tinggi untuk dijual sebagai dropship. Semua link kedai supplie diberikan dalam Ecomdiver
  • Geng Borong China: Anda tak perlu lagi susah payah mencari produk hot di China. Buat semakan dahulu dengan Ecomdiver, kemudian baru order borong dari china.
  • Supplier Barang: Anda boleh pilih barang yang hot dan high demand supaya lebih mudah habiskan stok untuk diedarkan kepada peruncit.
  • Peniaga Jalanan, Ekspo atau Pasar Malam: Nak masuk pasar malam atau ekspo dengan barang hot baru senang terjual. Semak senarai produk yang laku keras sebelum order.
  • Mereka Yang Baru Nak Belajar Menjual: Pemilihan produk pertama untuk jualan adalah sangat penting untuk membina semangat anda. Gunakan Ecomdiver terlebih dahulu untuk dapatkan senarai produk yang mudah dijual.
  • Mereka Yang Nak Buat Projek Hit & Run: Produk hit & run mesti mempunyai demand yang tinggi mengikut trend semasa. Anda boleh dapat ribuan produk yang sesuai untuk projek hit & run anda dengan mudah.

Ringkasan

Software Ecom Diver boleh diringkaskan dengan point point berikut:

Kelebihan

  • Memudahkan kerja kajian market dan produk dalam 7 marketplace besar di dunia
  • Update dan fixes disediakan sepanjang tempoh langganan
  • Support yang tip top daripada developer
  • Harga yang berbaloi berbanding software yang lebih kurang sama di pasaran

Kekurangan

  • Software masih baru, ada bug dan lagging bila dipakai
  • Marketplace seperti TaoBao memerlukan kemahiran membaca bahasa Cina / Mandarin UPDATE! Sekarang dah ada translation 🙂

Kesimpulan

Ecom Diver adalah software baru yang mempunyai masa depan yang cukup luas dan cerah untuk berkembang. Ia sememangnya dapat membantu mereka yang memang berminat untuk fokus kepada bidang ecommerce atau dropship.

Ada Bonus Ke?


Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ecom Diver, saya ada berita baik untuk anda. Saya ada sediakan bonus yang sangat best jika anda dapatkan Ecom Diver melalui link affiliate saya.


Bonus ini bukan bonus yang kebanyakan orang bagi seperti PLR yang akhirnya akan berhabuk dalam komputer anda. Tetapi, bonus ini akan melengkapkan lagi fungsi Ecom Diver serta membantu anda untuk sukses dalam Ecommerce.

Hmmm... Tak perlu tengok bonus la, review ni dah cukup lengkap, jadi saya berminat nak dapatkan EcomDiver sekarang.



Tags

ecom diver, ecomdiver, ecomdiver bonus, ecomdiver review


You may also like

Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Nak dapatkan ebook berkualiti tinggi setiap minggu? Klik butang di bawah

>