Banyak betul scammer atau self claimed sifu dekat dunia online ni kan? Anda nak tak belajar dengan otai yang memang proven buat income dalam bisnes online, tentang cara yang betul untuk buat bisnes ni? Dalam episod review kali ni, saya nak review tentang IM Lejen, sebuah komuniti usahawan online.
Review Produk IM Lejen
Detail Produk
P/s: Harga mungkin akan dinaikkan lagi oleh pemilik pada masa akan datang
Kualiti Konten
Kualiti konten sesuai untuk semua peringkat bisnes. Saya bagi 4.0 sebab sewaktu review ditulis, konten masih belum lengkap sepenuhnya di ruangan members. (Sentiasa diupdate oleh pemilik)
Harga
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding nilai ilmu yang ditawarkan, offer dan software yang diberikan. Cuma, mungkin review saya agak bias dengan harga sewaktu pelancaran
Support
Wazeen dan Rashvin dikenali dengan sosok yang cukup hebat support mereka. Tak hairanlah produk Shopievo dulu mampu melahirkan pengguna yang mampu menjana 7 hingga 8 angka.
Overall rating : 4.5 / 5
Apa Itu Komuniti Usahawan Online IM Lejen?
IM lejen ni sebuah komuniti usahawan online Malaysia dan (negara-negara jiran yg faham Bahasa Melayu).
Ia mengumpulkan pelbagai usahawan yang sama ada:
1) yang baru dan mahu bergiat dengan dunia bisnes online
2) sudah lama bergiat dalam bisnes online cuma mempunyai masalah dalam berkembang,
3) serta mereka yang mempunyai perniagaan offline tetapi mahu memasarkan bisnes dan servis mereka secara online.
"La... Kalau komuniti kenapa kena BAYAR?"
Hehe... Nak jadi ahli persatuan pun ada yuran ahli kan?
Bila sebut komuniti, pimpinan atau leader komuniti akan memastikan segala kebajikan ahli komuniti terjaga dan impian mereka bersama tercapai.
Situasi biasa mereka yang 'stuck' dalam bisnes online
Ya, itulah yang sering terjadi kepada kita yang baru berjinak nak buat bisnes online.
Atau mungkin dah buat bisnes, tapi asyik stuck dekat takuk lama.
Kita pun pelik kenapa kita masih stuck macam tu.
Tengok orang lain, semua dok post pasal dah buat income 6 7 angka.
Maka, bertambah frust dan sedih la diri ini.
5 Sebab Komuniti Usahawan Online IM Lejen Boleh 'Ubati' Masalah Anda
Dengan IM Lejen, segala kekusutan ni mungkin (saya ulang: MUNGKIN) dapat diatasi.
Bukan sebab saja nak mengampu Rashvin & Wazeen. Tapi atas beberapa sebab berikut:
1) Anda dapat mentor daripada otai yang dah memang proven buat income dalam bisnes online.
Kalau sesiapa yang selalu join pelancaran affiliate, korang takkan terlepas daripada melihat nama Rashvin dan Wazeen dalam carta Top Affiliate.
Bahkan, kadang kadang, kalau diorang dapat nombor 1 sebagai affiliate, jurang antara nombor 1 dengan nombor 2 sangat tinggi.
Kalau diorang masuk gelanggang, owner produk pun senyum, sebab tahu memang sales daripada diorang akan banyak.
Bahkan, diorang ni bukan setakat main dekat market dalam negara, Rashvin sendiri dah launch produk dekat luar negara. Bahkan ramai Internet Marketer international yang ambil servis retargetting daripada beliau.
2) Bisnes Model Yang Win Win
Ramai orang mengeluh bila melihat bayaran untuk langganan Komuniti Online IM lejen ni adalah 'recurring' atau berulang.
Tapi, pernah tak anda alami situasi macam ni:
“SOFTWARE DAH OUTDATED! DAH LABUR BANYAK KOT BELI SOFTWARE TU!”
- Mamat, Pembeli Tegar Software Lifetime -
Yup, memang itu yang akan berlaku.
Untuk BAAAAANYAK software.
Selalunya terjadi bila beli software yang kononnya 'lifetime'.
Khususnya daripada platform macam JVZoo atau Warriorplus.
Kita sebagai customer mungkin akan salahkan owner produk.
Tetapi, pada masa yang sama, owner pun perlukan modal untuk majukan produk.
Kalau produk tu 'lifetime', selalunya diorang pun tak ada motivasi untuk upgrade produk.
Sejujurnya, kalau korang dah lama dalam dunia internet marketing, korang akan perasan benda ni:
Ramai marketer software dekat dunia online, hanya cari code macam di codecanyon, host dekat server diorang, branding bagi gempak dan jual.
Bila algorithm dah berubah, selalunya owner pun tak tahu macam mana nak update. Sebab dia pun beli code daripada orang lain.
RECURRING PAYMENT SEBAGAI MOTIVASI DAN MODEL BISNES YANG LEBIH TERJAMIN
Cuba bandingkan mereka yang dapat bayaran setiap bulan dengan bantu client dia, dengan client bayar sekali je untuk servis dia.
Kalau sesiapa yang suka beli product lifetime di JVZoo atau Appsumo, mesti banyak dengar berita syarikat software yang dulunya gempak, tetiba nak close down.
Dan, kalau korang perasan juga, kalau sesiapa yang beli produk lifetime kat appsumo contohnya, ramai owner akan upsell dengan produk 'membership' beliau.
Sebab apa? Selalunya software company yang kena bayar bulanan lebih 'kukuh' dan sustain.
Boleh maintain sampai agak lama dalam market.
Sebagai contoh:
IM LEJEN SEBAGAI PERINTIS MODEL BISNES RECURRING INTERNET MARKETING DI MALAYSIA
Sebab tu saya agak teruja nak melihat respon terhadap komuniti online IM Lejen.
Saya rasa, keputusan owner nak naikkan yuran kemasukan pun satu tindakan yang bijak.
Memang kita sebagai customer nak harga yang paling murah.
Cuma, pada masa yang sama, owner pun kena fikirkan kos untuk jalankan komuniti ni.
Jangan sebab nak jaga hati customer nak murah je, last sekali komuniti online ni kena tutup sebab kos overhead terlalu tinggi.
Yang lagi best, bila kita jadi affiliate untuk program membership.
Contoh paling simple, clickfunnels. Yup, memang mahal tahap gaban.
Tapi, tu lagi meningkat semangat affiliate untuk promote.
Plus, company pun dapat grow dengan cepat bila agen jualan dia (affiliate) semangat nak promote sebab dapat komisen setiap bulan.
Logik kan?
3) Dapat Ilmu Yang Akan Sentiasa Diupdate
Saya dah terang panjang lebar tentang bisnes model membership yang win win.
Disebabkan pembayaran adalah berulang, maka konten dalam ruangan ahli pun akan sentiasa diupdate.
Ya. Pemilik produk pun semangat nak update konten mereka.
Jadi, anda tak akan ketinggalan daripada mendapatkan info yang terbaru.
Lebih lebih lagi berkaitan dengan bab teknikal seperti facebook ads yang sentiasa berubah.
**Update Oktober 2019: Ramai bagitahu pada Wazeen dan Rashvin, mereka tak tahu cara buat Facebook dan Google Ads. Apa tindakan mereka? Terus upload video panduan tentang Facebook Ads dan Google Ads step by step kepada semua ahli.
**Update November 2019: Disebabkan ramai ahli IM Lejen yang ingin dibantu cara buat bisnes ebook, mereka telah diberikan Panduan Bisnes Ebook karya Cikgu Hafis yang bernilai lebih RM497 sebelum ni secara PERCUMA dalam ruangan membership. Memang bombastik!
4) Jimat Duit Beli Software Yang Berkualiti
Siapa kat sini memang kaki beli software? Secara jujurnya, saya mengaku, saya sendiri pun orang yang sama.
Ni antara sebab lain saya rasa Komuniti Usahawan Online ni cukup berbaloi.
Anda cuba bayangkan software yang pernah Wazeen atau Rashvin jual, setiap software berharga ratusan ringgit. Dan, software yang dijual bukanlah kualiti cap ayam.
Yang bestnya, software software ini anda akan dapat percuma dengan menyertai komuniti ni.
Bahkan, saya melihat, bila ahli komuniti pun bertambah, mereka akan ada lebih modal untuk mendapatkan software yang lebih berkualiti kepada ahli IM Lejen.
Oh, lagi satu, sebab anda akan berguru dengan Wazeen dan Rashvin, anda akan dipaksa untuk guna software yang diberikan. Bukan simpan buat pekasam. (Saya mengaku saya juga bersalah. Hehe)
5) Networking Bersama Golongan Yang 'Satu Kepala'
Networking sangat penting dalam bisnes.
Dengan networking, anda akan dapat 'peluang' yang orang lain tak dapat.
Kalau anda perasan, kebanyakan orang yang berjaya dalam apa apa jenis bisnes, bukan sebab mereka hebat atau expert dalam semua benda.
Tetapi, mereka KENAL orang yang hebat!
“ What's important is not about what you know, but WHO YOU KNOW!”
- Bisnes Online Dot Net -
Bila kita bermula, kita memang solo.
Tak kenal sesiapa.
Nak negotiate dan cari deal yang hebat pun susah.
Kadang kadang, nak apply sebagai affiliate pun, orang tak terima, sebab dia tak kenal siapa kita.
Bila anda dalam satu komuniti, anda akan lihat betapa dalam dunia bisnes online ni, anda tak keseorangan.
"Ramai lagi rupanya orang yang senasib dengan aku, ingat aku sorang je stuck macam ni"
"Eh, mamat ni tinggal dekat je dengan rumah aku, boleh ajak mengopi ni"
Belajar dan bersembang apabila bernetworking selalunya lebih bermutu daripada belajar secara formal.
Sebab tu, saya agak teruja nak tengok event 'Mastermind' di mana ahli IM Lejen akan berkumpul setiap tahun kat satu tempat.
Apa Yang Bakal Anda Dapat Bila Jadi Ahli Komuniti Online IM Lejen?
1. Video tutorial lengkap pembangunan sesebuah bisnes online.
Ada video training & tutorial bisnes online untuk anda ikut melalui 3 Fasa Utama dalam IM LEJEN.
Jadi, anda dapat mulakan terus perjalanan membangun dan mengembangkan bisnes online setelah sertai membership IM Lejen.
Modul Pengenalan
Dalam modul ini, anda akan diterangkan secara terperinci tentang konsep 3 Fasa dalam menjalankan bisnes online. Amat penting untuk anda kenal pasti anda berada dalam fasa mana di dalam bisnes.
Namun, tidak salah untuk mengambil mindset 'newbie', kosongkan 'gelas', dan sedia belajar untuk tambah ilmu.
Bermula daripada benda paling asas dalam bisnes. Saya lihat ramai orang yang sudah berjaya amalkan sikap sebegini dalam berguru atau menuntut ilmu.
Fasa 1: Pembangunan
Ini adalah fasa paling asas dalam menjalankan bisnes. Fasa ini adalah 'tapak' kepada bisnes online anda. Tanpa tapak yang kukuh, kita akan gagal bina empayar bisnes yang tinggi ke langit.
Jika anda baru bermula, jangan 'skip' fasa ni. Sebab memang tersangat penting.
Ramai newbie tersilap langkah.
Ramai fikir..... sebab nama pun bisnes online, jadi dia pun nak 'TERUS MENJUAL'.
Maka penuhlah wall facebook mereka dengan aktiviti menjual.
Kemudian, mereka akan pelik kenapa tak ada orang nak beli dengan mereka.
Dengan mendalami apa yang bakal diajar dalam fasa pembangunan ni, anda akan dapat elak kesilapan yang selalu dibuat oleh mereka yang baru nak mula bisnes online kat luar sana.
Fasa 2: Perkembangan
Bila tapak yang kukuh dan disediakan, tibalah masa untuk buat 'mesin duit'.
Ramai yang akan teruja dengan fasa ini.
Sebab, semasa fasa inilah kita akan mulakan aktiviti untuk jana income iaitu marketing, sales dan advertising.
Dan, yang bestnya, semua strategi ini datangnya daripada otai atau lejen dalam dunia internet marketing sendiri, yang dah jana 6 hingga 7 angka setiap tahun.
Fasa 3: Kestabilan
Bisnes sepatutnya menjadikan kita lebih 'bebas'.
Bisnes juga sepatutnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
Ramai orang buat silap.
Dia nak buat sendiri semua benda.
Kalau dia tak ada, bisnes tak akan berjalan, dan dia pun tak akan ada income.
Itu bukan bisnes yang diidamkan.
"Kita mahukan bisnes yang walaupun kita pergi bercuti, ia masih boleh berjalan dengan sendiri."
- Bisnes Online Dot Net -
Dalam fasa kestabilan, anda akan belajar banyak tentang macam mana nak buat benda ni jadi kenyataan.
2. FB Group Support & Channel Telegram
Sama macam group Shopievo dahulu, ahli komuniti ni akan dikumpulkan dalam satu facebook group khas.
Di sinilah tempat untuk bertanya soalan kalau tak faham, berbincang bersama usahawan online yang lain dalam IM Lejen.
Gambar: Seperti yang dijangka, group Komuniti Usahawan Online IM Lejen pun memang jadi group yang sangat interaktif. Ahli boleh soal jawab dan bertukar pandangan dekat sana.
3. Dapat akses Tool dan Software (terpilih) secara PERCUMA
Wazeen dan Rashvin selalu lancarkan panduan atau software kepada umum.
Ahli IM Lejen ada peluang untuk terima akses produk tu secara percuma! ( Hanya produk-produk terpilih sahaja )!
Jap, walaupun ada yang masih kena bayar, tapi ahli IM Lejen akan dapat harga diskaun special.
4. Tips dan Case Study daripada Internet Marketer lain di Malaysia
Wazeen dan Rashvin dah lama dalam bidang internet marketing di Malaysia.
Antara kelebihan jadi orang yang dah lejen atau otai dalam bidang ni ialah "NETWORK".
“Kita nak approach sendiri sifu atau otai lain dalam dunia online ni, mungkin tak akan dilayan.”
Tapi, dengan kredibiliti dan network yang Wazeen dan Rashvin ada, kita juga berpeluang untuk network dengan otai internet marketer yang lain.
5. Sesi Webinar atau FB Live bersama sifu-sifu dalam bidang kepakaran bisnes online masing-masing!
Akan ada jemputan pakar Internet Marketer pelbagai bidang pada masa akan datang.
Setakat masa review ini ditulis, belum ada lagi sesi webinar atau live ni. (Mereka pun tengah sibuk dengan pelancaran)
So, masa webinar ni juga, kalau pakar yang dijemput memang dalam bidang yang kita ceburi, kita boleh tanya soalan secara direct kepada pakar tersebut.
6. Sesi Webinar atau FB Live ekslusif kepada ahli daripada Wazeen dan Rashvin sendiri.
Dalam webinar ni, diorang akan kongsi ilmu-ilmu IM terbaru & advance.
Sesi ni akan dibuat melalui webinar atau FB Live bulanan (1 atau 2 kali sebulan).
Webinar dan FB Live Bulanan
Fokus utama adalah dalam topik pemasaran dan jualan mengikut trend semasa (supaya ahli komuniti ni kekal up to date berbanding pesaing anda di luar sana)
Contoh: cara buat kempen FB ads/ Google Ads/ Pinterest Ads dan banyak lagi.
Oh ya! Setiap sesi live yang diadakan akan ada rakaman untuk mereka yang tak berkesempatan untuk hadir.
Sewaktu review ini dibuat, Wazeen dan Rashvin dah buat sekali FB Live khas untuk ahli IM Lejen. (Rujuk gambar facebook group untuk bukti)
*Update November 2019: Webinar dijalankan setiap bulan. Kali terakhir webinar dibuat, Wazeen dan Rashvin peruntukkan lebih 2 jam untuk didik ahli IM Lejen tentang Affiliate Marketing. Memang dahsyat. Memang betul betul macam berguru depan mata. Boleh tanya soalan apa yang tak faham, stuck, dan sebagainya. Semua soalan mereka akan layan.
7. Deal Of The Month (Diskaun/ tawaran) untuk produk-produk dari sifu-sifu bisnes online yang lain.
Macam dah cakap sebelum ni, bila kita dah ada network dalam bisnes ni, senang kita nak negotiate.
So, dengan network yang Wazeen dan Rashvin ada, diorang boleh dapatkan deal deal yang best, bukan sahaja daripada IM tempatan, malah luar negara.
*Update: Setakat ini, ada diskaun untuk mendapatkan Panduan DiviXpress khas buat ahli IM Lejen.
8. Sesi ‘Hotseat & Mastermind’ tahunan
Ini antara benda yang cukup mengujakan.
Ya. Selalu bila sebut bisnes online, kita hanya fikir laptop dan internet connection.
Tapi, dengan menyertai komuniti IM Lejen ni, kita boleh berjumpa face to face dengan ahli komuniti yang lain, bercuti malah update ilmu secara live bersama.
9. Sesi video ‘Weekly Motivation’ daripada Rashvin.
Rashvin akan rakam video secara santai pada setiap minggu mengenai motivasi, financial planning dan pelbagai lagi!
10. Peluang untuk jana pendapatan pasif melalui keahlian IM Lejen!
Anda akan belajar cara nak jana pendapatan pasif melalui membership IM Lejen ini.
Buat kerja sekali, tapi hasil berkali-kali. (Ni yang paling best bila promote produk jenis 'recurring')
Anda boleh buat secara part time atau pun full time.
Siapa Golongan Yang Akan Dapat Manfaat Dengan Komuniti Usahawan Online IM Lejen
Ringkasan
Komuniti Usahawan IM Lejen boleh diringkaskan dalam erti kata berikut:
Pros
Cons
Kesimpulan
Komuniti Online IM Lejen adalah satu platform yang cukup baik untuk mereka yang berniat untuk berjaya dalam dunia bisnes online.
Tawaran Bonus Meleleh
Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan IM Lejen, saya ada berita baik untuk anda. Saya ada bonus yang sangat best jika anda dapatkan IM Lejen melalui link saya.
Bonus ni akan bantu anda untuk jana lebih banyak income dengan IM Lejen. Dan, sebagai teaser, jumlah semua bonus saya ada 19 bonus kesemuanya.