September 7

0 comments

IM Lejen Review Dan Tawaran Bonus Meleleh

Komuniti Usawahan Online IM Lejen Review Dan Bonus Meleleh

Banyak betul scammer atau self claimed sifu dekat dunia online ni kan? Anda nak tak belajar dengan otai yang memang proven buat income dalam bisnes online, tentang cara yang betul untuk buat bisnes ni? Dalam episod review kali ni, saya nak review tentang IM Lejen, sebuah komuniti usahawan online.

Review Produk IM Lejen

Detail Produk

  • Nama Produk: Komuniti Usahawan Online IM Lejen
  • Niche Produk : Bisnes Online, Affiliate Marketing, Dropship, E-commerce
  • Jenis Produk : Digital, Jenis Membership
  • Medium Pembelajaran : Premium Membership Site (Guna platform kyvio.com)
  • Pemilik Produk : Wazeen Azizan, Rashvin Singh
  • Status Produk : Berjalan dan modul sentiasa dikemaskini.
  • Group Support : Disediakan. Sangat aktif, banyak soalan diatanya dijawab oleh admin & pembeli lain.
  • Pakej & Harga : RM147 setiap 3 bulan, RM 245 setiap 6 bulan, RM 490 tahunan.

P/s: Harga mungkin akan dinaikkan lagi oleh pemilik pada masa akan datang

Kualiti Konten

Kualiti konten sesuai untuk semua peringkat bisnes. Saya bagi 4.0 sebab sewaktu review ditulis, konten masih belum lengkap sepenuhnya di ruangan members. (Sentiasa diupdate oleh pemilik)

Harga

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding nilai ilmu yang ditawarkan, offer dan software yang diberikan. Cuma, mungkin review saya agak bias dengan harga sewaktu pelancaran

Support

Wazeen dan Rashvin dikenali dengan sosok yang cukup hebat support mereka. Tak hairanlah produk Shopievo dulu mampu melahirkan pengguna yang mampu menjana 7 hingga 8 angka.

Overall rating :  4.5 / 5

Apa Itu Komuniti Usahawan Online IM Lejen?

IM lejen ni sebuah komuniti usahawan online Malaysia dan (negara-negara jiran yg faham Bahasa Melayu).

Ia mengumpulkan pelbagai usahawan yang sama ada:

1) yang baru dan mahu bergiat dengan dunia bisnes online

2) sudah lama bergiat dalam bisnes online cuma mempunyai masalah dalam berkembang,

3) serta mereka yang mempunyai perniagaan offline tetapi mahu memasarkan bisnes dan servis mereka secara online.

"La... Kalau komuniti kenapa kena BAYAR?"

Hehe... Nak jadi ahli persatuan pun ada yuran ahli kan?


Bila sebut komuniti, pimpinan atau leader komuniti akan memastikan segala kebajikan ahli komuniti terjaga dan impian mereka bersama tercapai.


Situasi biasa mereka yang 'stuck' dalam bisnes online

  • Nak belajar tetapi tak ada masa yang sesuai.
  • Kata mereka "Macamana nak bisnes kalau takde masa?" 
  • Mungkin sibuk dengan kerja hakiki.
  • "Perlu ke aku berhenti kerja kalau nak fokus pada bisnes?"
  • Berhadapan dengan banyak sangat 'hype' dan claim daripada marketer di luar sana.
  • Dah banyak join seminar dan beli panduan.
  • "Hanya dengan TEKNIK X saya dapat jana 7 angka" -- Selalu tak baca iklan macam ni?
  • Tetapi, lepas beli, sekali yang dapat hanya ilmu yang sangat basic tahap gaban dan dah outdated.
  •  Tambah pulak, kena upsell dengan PROGRAM ribu riban.
  • Iklan dah buat. Sekali habis duit je derma kat Mat Juki.
  • Sales ZERO.
  • "Salah ke cara aku ni? Kat mana lagi patut aku buat promosi?"
  • Persaingan sengit tahap gaban.
  • Nak join affiliate, sekali ada otai affiliate yang join sekali.
  • Habis komisen kena sapu dengan dia.
  • Nak join dropship, ada yang sailang customer orang lain, ada yang main kerat harga. 
  • Last sekali, komisen pun sikit.

​Ya, itulah yang sering terjadi kepada kita yang baru berjinak nak buat bisnes online.

Atau mungkin dah buat bisnes, tapi asyik stuck dekat takuk lama.

Kita pun pelik kenapa kita masih stuck macam tu.
Tengok orang lain, semua dok post pasal dah buat income 6 7 angka.
Maka, bertambah frust dan sedih la diri ini.


5 Sebab Komuniti Usahawan Online IM Lejen Boleh 'Ubati' Masalah Anda


Dengan IM Lejen, segala kekusutan ni mungkin (saya ulang: MUNGKIN) dapat diatasi.


Bukan sebab saja nak mengampu Rashvin & Wazeen. Tapi atas beberapa sebab berikut:


1) Anda dapat mentor daripada otai yang dah memang proven buat income dalam bisnes online.


Kalau sesiapa yang selalu join pelancaran affiliate, korang takkan terlepas daripada melihat nama Rashvin dan Wazeen dalam carta Top Affiliate.


Bahkan, kadang kadang, kalau diorang dapat nombor 1 sebagai affiliate, jurang antara nombor 1 dengan nombor 2 sangat tinggi.

Kalau diorang masuk gelanggang, owner produk pun senyum, sebab tahu memang sales daripada diorang akan banyak.

Bahkan, diorang ni bukan setakat main dekat market dalam negara, Rashvin sendiri dah launch produk dekat luar negara. Bahkan ramai Internet Marketer international yang ambil servis retargetting daripada beliau.


2) Bisnes Model Yang Win Win


Ramai orang mengeluh bila melihat bayaran untuk langganan Komuniti Online IM lejen ni adalah 'recurring' atau berulang.


Tapi, pernah tak anda alami situasi macam ni: 

“SOFTWARE DAH OUTDATED! DAH LABUR BANYAK KOT BELI SOFTWARE TU!”

- Mamat, Pembeli Tegar Software Lifetime -


Yup, memang itu yang akan berlaku.
Untuk BAAAAANYAK software.
Selalunya terjadi bila beli software yang kononnya 'lifetime'.
Khususnya daripada platform macam JVZoo atau Warriorplus.

Kita sebagai customer mungkin akan salahkan owner produk.
Tetapi, pada masa yang sama, owner pun perlukan modal untuk majukan produk.
Kalau produk tu 'lifetime', selalunya diorang pun tak ada motivasi untuk upgrade produk.

Sejujurnya, kalau korang dah lama dalam dunia internet marketing, korang akan perasan benda ni:

Ramai marketer software dekat dunia online, hanya cari code macam di codecanyon, host dekat server diorang, branding bagi gempak dan jual.

Bila algorithm dah berubah, selalunya owner pun tak tahu macam mana nak update. Sebab dia pun beli code daripada orang lain.

RECURRING PAYMENT SEBAGAI MOTIVASI DAN MODEL BISNES YANG LEBIH TERJAMIN

Cuba bandingkan mereka yang dapat bayaran setiap bulan dengan bantu client dia, dengan client bayar sekali je untuk servis dia.


Yang bayar sekali tu, sebulan dua, setahun, maybe boleh la dia layan untuk support, tetapi kalau mereka baik sekali pun, tentu agak liat nak support bila dah tak dapat bayaran pada tahun akan datang.


Kalau sesiapa yang suka beli product lifetime di JVZoo atau Appsumo, mesti banyak dengar berita syarikat software yang dulunya gempak, tetiba nak close down.


Dan, kalau korang perasan juga, kalau sesiapa yang beli produk lifetime kat appsumo contohnya, ramai owner akan upsell dengan produk 'membership' beliau.


Sebab apa? Selalunya software company yang kena bayar bulanan lebih 'kukuh' dan sustain.

Boleh maintain sampai agak lama dalam market.

Sebagai contoh: 

  • Berapa ramai orang cuba lawan clickfunnels dengan bagi harga lifetime, akhirnya terkubur. Clickfunnels terus berkembang dan berkembang.
  • Berapa ramai orang cuba buat email service provider lifetime, kononnya nak ucap goodbye kat Aweber atau Getresponse, akhirnya terkubur.
  • Berapa ramai orang buat Lifetime Hosting, bagi janji bulan bintang, akhirnya web dah tak leh access dah.

IM LEJEN SEBAGAI PERINTIS MODEL BISNES RECURRING INTERNET MARKETING DI MALAYSIA

Sebab tu saya agak teruja nak melihat respon terhadap komuniti online IM Lejen.

Saya rasa, keputusan owner nak naikkan yuran kemasukan pun satu tindakan yang bijak.

Memang kita sebagai customer nak harga yang paling murah.
Cuma, pada masa yang sama, owner pun kena fikirkan kos untuk jalankan komuniti ni.

Jangan sebab nak jaga hati customer nak murah je, last sekali komuniti online ni kena tutup sebab kos overhead terlalu tinggi.


Yang lagi best, bila kita jadi affiliate untuk program membership.


Contoh paling simple, clickfunnels. Yup, memang mahal tahap gaban.

Tapi, tu lagi meningkat semangat affiliate untuk promote.


Plus, company pun dapat grow dengan cepat bila agen jualan dia (affiliate) semangat nak promote sebab dapat komisen setiap bulan.


Logik kan?


3) Dapat Ilmu Yang Akan Sentiasa Diupdate


Saya dah terang panjang lebar tentang bisnes model membership yang win win.

Disebabkan pembayaran adalah berulang, maka konten dalam ruangan ahli pun akan sentiasa diupdate.

Ya. Pemilik produk pun semangat nak update konten mereka.

Jadi, anda tak akan ketinggalan daripada mendapatkan info yang terbaru.
Lebih lebih lagi berkaitan dengan bab teknikal seperti facebook ads yang sentiasa berubah.


**Update Oktober 2019: Ramai bagitahu pada Wazeen dan Rashvin, mereka tak tahu cara buat Facebook dan Google Ads. Apa tindakan mereka? Terus upload video panduan tentang Facebook Ads dan Google Ads step by step kepada semua ahli.

Rahsia Bisnes Ebook Bonus IM Lejen


**Update November 2019: Disebabkan ramai ahli IM Lejen yang ingin dibantu cara buat bisnes ebook, mereka telah diberikan Panduan Bisnes Ebook karya Cikgu Hafis yang bernilai lebih RM497 sebelum ni secara PERCUMA dalam ruangan membership. Memang bombastik!


4) Jimat Duit Beli Software Yang Berkualiti


Siapa kat sini memang kaki beli software? Secara jujurnya, saya mengaku, saya sendiri pun orang yang sama.


Ni antara sebab lain saya rasa Komuniti Usahawan Online ni cukup berbaloi.

Anda cuba bayangkan software yang pernah Wazeen atau Rashvin jual, setiap software berharga ratusan ringgit. Dan, software yang dijual bukanlah kualiti cap ayam.

Yang bestnya, software software ini anda akan dapat percuma dengan menyertai komuniti ni.

Bahkan, saya melihat, bila ahli komuniti pun bertambah, mereka akan ada lebih modal untuk mendapatkan software yang lebih berkualiti kepada ahli IM Lejen.


Oh, lagi satu, sebab anda akan berguru dengan Wazeen dan Rashvin, anda akan dipaksa untuk guna software yang diberikan. Bukan simpan buat pekasam. (Saya mengaku saya juga bersalah. Hehe)


5) Networking Bersama Golongan Yang 'Satu Kepala'


Networking sangat penting dalam bisnes.

Dengan networking, anda akan dapat 'peluang' yang orang lain tak dapat.

Kalau anda perasan, kebanyakan orang yang berjaya dalam apa apa jenis bisnes, bukan sebab mereka hebat atau expert dalam semua benda.

Tetapi, mereka KENAL orang yang hebat!

“ What's important is not about what you know, but WHO YOU KNOW!”

- Bisnes Online Dot Net -

Bila kita bermula, kita memang solo.
Tak kenal sesiapa.
Nak negotiate dan cari deal yang hebat pun susah.
Kadang kadang, nak apply sebagai affiliate pun, orang tak terima, sebab dia tak kenal siapa kita.

Bila anda dalam satu komuniti, anda akan lihat betapa dalam dunia bisnes online ni, anda tak keseorangan.

"Ramai lagi rupanya orang yang senasib dengan aku, ingat aku sorang je stuck macam ni"

"Eh, mamat ni tinggal dekat je dengan rumah aku, boleh ajak mengopi ni"

Belajar dan bersembang apabila bernetworking selalunya lebih bermutu daripada belajar secara formal.

Sebab tu, saya agak teruja nak tengok event 'Mastermind' di mana ahli IM Lejen akan berkumpul setiap tahun kat satu tempat.

Apa Yang Bakal Anda Dapat Bila Jadi Ahli Komuniti Online IM Lejen?


1. Video tutorial lengkap pembangunan sesebuah bisnes online.


Ada video training & tutorial bisnes online untuk anda ikut melalui 3 Fasa Utama dalam IM LEJEN.
Jadi, anda dapat mulakan terus perjalanan membangun dan mengembangkan bisnes online setelah sertai membership IM Lejen.


Modul Pengenalan

Dalam modul ini, anda akan diterangkan secara terperinci tentang konsep 3 Fasa dalam menjalankan bisnes online. Amat penting untuk anda kenal pasti anda berada dalam fasa mana di dalam bisnes.


Namun, tidak salah untuk mengambil mindset 'newbie', kosongkan 'gelas', dan sedia belajar untuk tambah ilmu.


Bermula daripada benda paling asas dalam bisnes. Saya lihat ramai orang yang sudah berjaya amalkan sikap sebegini dalam berguru atau menuntut ilmu.

Dashboard Komuniti Usahawan Online IM Lejen - PENGENALAN

Fasa 1: Pembangunan

Ini adalah fasa paling asas dalam menjalankan bisnes. Fasa ini adalah 'tapak' kepada bisnes online anda. Tanpa tapak yang kukuh, kita akan gagal bina empayar bisnes yang tinggi ke langit.


Jika anda baru bermula, jangan 'skip' fasa ni. Sebab memang tersangat penting.

Ramai newbie tersilap langkah.

Ramai fikir..... sebab nama pun bisnes online, jadi dia pun nak 'TERUS MENJUAL'.

Maka penuhlah wall facebook mereka dengan aktiviti menjual.

Kemudian, mereka akan pelik kenapa tak ada orang nak beli dengan mereka.


Dengan mendalami apa yang bakal diajar dalam fasa pembangunan ni, anda akan dapat elak kesilapan yang selalu dibuat oleh mereka yang baru nak mula bisnes online kat luar sana.

Dashboard Komuniti Usahawan Online IM Lejen - FASA PEMBANGUNAN

Fasa 2: Perkembangan

Bila tapak yang kukuh dan disediakan, tibalah masa untuk buat 'mesin duit'.

Ramai yang akan teruja dengan fasa ini.

Sebab, semasa fasa inilah kita akan mulakan aktiviti untuk jana income iaitu marketing, sales dan advertising.


Dan, yang bestnya, semua strategi ini datangnya daripada otai atau lejen dalam dunia internet marketing sendiri, yang dah jana 6 hingga 7 angka setiap tahun.

Dashboard Komuniti Usahawan Online IM Lejen - FASA PERKEMBANGAN

Fasa 3: Kestabilan

Bisnes sepatutnya menjadikan kita lebih 'bebas'.

Bisnes juga sepatutnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.


Ramai orang buat silap.

Dia nak buat sendiri semua benda.

Kalau dia tak ada, bisnes tak akan berjalan, dan dia pun tak akan ada income.

Itu bukan bisnes yang diidamkan.

"Kita mahukan bisnes yang walaupun kita pergi bercuti, ia masih boleh berjalan dengan sendiri."

- Bisnes Online Dot Net - 

Dalam fasa kestabilan, anda akan belajar banyak tentang macam mana nak buat benda ni jadi kenyataan.

Dashboard Komuniti Usahawan Online IM Lejen - Module 4.0 FASA KESTABILAN

2. FB Group Support & Channel Telegram


Sama macam group Shopievo dahulu, ahli komuniti ni akan dikumpulkan dalam satu facebook group khas.
Di sinilah tempat untuk bertanya soalan kalau tak faham, berbincang bersama usahawan online yang lain dalam IM Lejen.

Facebook Group Komuniti Usahawan Online IM Lejen

Gambar: Seperti yang dijangka, group Komuniti Usahawan Online IM Lejen pun memang jadi group yang sangat interaktif. Ahli boleh soal jawab dan bertukar pandangan dekat sana.


3. Dapat akses Tool dan Software (terpilih) secara PERCUMA


Wazeen dan Rashvin selalu lancarkan panduan atau software kepada umum.

Ahli IM Lejen ada peluang untuk terima akses produk tu secara percuma! ( Hanya produk-produk terpilih sahaja )!


Jap, walaupun ada yang masih kena bayar, tapi ahli IM Lejen akan dapat harga diskaun special.

Dashboard Komuniti Usahawan Online IM Lejen - Tools Dan Software


4. Tips dan Case Study daripada Internet Marketer lain di Malaysia


Wazeen dan Rashvin dah lama dalam bidang internet marketing di Malaysia.

Antara kelebihan jadi orang yang dah lejen atau otai dalam bidang ni ialah "NETWORK".

“Kita nak approach sendiri sifu atau otai lain dalam dunia online ni, mungkin tak akan dilayan.”

Tapi, dengan kredibiliti dan network yang Wazeen dan Rashvin ada, kita juga berpeluang untuk network dengan otai internet marketer yang lain.


5. Sesi Webinar atau FB Live bersama sifu-sifu dalam bidang kepakaran bisnes online masing-masing!


Akan ada jemputan pakar Internet Marketer pelbagai bidang pada masa akan datang.

Setakat masa review ini ditulis, belum ada lagi sesi webinar atau live ni. (Mereka pun tengah sibuk dengan pelancaran)


So, masa webinar ni juga, kalau pakar yang dijemput memang dalam bidang yang kita ceburi, kita boleh tanya soalan secara direct kepada pakar tersebut.


6. Sesi Webinar atau FB Live ekslusif kepada ahli daripada Wazeen  dan Rashvin sendiri.


Dalam webinar ni, diorang akan kongsi ilmu-ilmu IM terbaru & advance.

Sesi ni akan dibuat melalui webinar atau FB Live bulanan (1 atau 2 kali sebulan).

Webinar dan FB Live Bulanan

Fokus utama adalah dalam topik pemasaran dan jualan mengikut trend semasa (supaya ahli komuniti ni kekal up to date berbanding pesaing anda di luar sana)


Contoh: cara buat kempen FB ads/ Google Ads/ Pinterest Ads dan banyak lagi.

Oh ya! Setiap sesi live yang diadakan akan ada rakaman untuk mereka yang tak berkesempatan untuk hadir.

Sewaktu review ini dibuat, Wazeen dan Rashvin dah buat sekali FB Live khas untuk ahli IM Lejen. (Rujuk gambar facebook group untuk bukti)


*Update November 2019: Webinar dijalankan setiap bulan. Kali terakhir webinar dibuat, Wazeen dan Rashvin peruntukkan lebih 2 jam untuk didik ahli IM Lejen tentang Affiliate Marketing. Memang dahsyat. Memang betul betul macam berguru depan mata. Boleh tanya soalan apa yang tak faham, stuck, dan sebagainya. Semua soalan mereka akan layan.


7. Deal Of The Month (Diskaun/ tawaran) untuk produk-produk dari sifu-sifu bisnes online yang lain.


Macam dah cakap sebelum ni, bila kita dah ada network dalam bisnes ni, senang kita nak negotiate.

So, dengan network yang Wazeen dan Rashvin ada, diorang boleh dapatkan deal deal yang best, bukan sahaja daripada IM tempatan, malah luar negara.

DiviXpress Tawaran IM Lejen


*Update: Setakat ini, ada diskaun untuk mendapatkan Panduan DiviXpress khas buat ahli IM Lejen.


8. Sesi ‘Hotseat & Mastermind’ tahunan


​Ini antara benda yang cukup mengujakan.

​Ya. Selalu bila sebut bisnes online, kita hanya fikir laptop dan internet connection.

Tapi, dengan menyertai komuniti IM Lejen ni, kita boleh berjumpa face to face dengan ahli komuniti yang lain, bercuti malah update ilmu secara live bersama.


9. Sesi video ‘Weekly Motivation’ daripada Rashvin.


Rashvin akan rakam video secara santai pada setiap minggu mengenai motivasi, financial planning dan pelbagai lagi!

Tips Financial Planning Komuniti Usahawan Online IM Lejen


10. Peluang untuk jana pendapatan pasif melalui keahlian IM Lejen!


Anda akan belajar cara nak jana pendapatan pasif melalui membership IM Lejen ini.


Buat kerja sekali, tapi hasil berkali-kali. (Ni yang paling best bila promote produk jenis 'recurring')


Anda boleh buat secara part time atau pun full time.

Komisen Komuniti Usahawan Online IM Lejen


Siapa Golongan Yang Akan Dapat Manfaat Dengan Komuniti Usahawan Online IM Lejen

  • Mereka yang belum ada bisnes tapi berminat nak buat bisnes online
  • Mereka yang dah buat bisnes online, tapi dah buat macam macam, tapi belum dapat sales yang konsisten
  • Mereka yang nak kembangkan bisnes online mereka.
  • Mereka yang buat servis secara offline - nak kembangkan lagi dan promosikan servis mereka di dunia online

Ringkasan

Komuniti Usahawan IM Lejen boleh diringkaskan dalam erti kata berikut:

Pros

  • Win win situation untuk owner dengan customer
  • Dapat ilmu yang sentiasa updated
  • Dapat jimat duit daripada beli software dengan harga yang mahal.
  • Dapat deal yang tersangat berbaloi daripada kalangan IM Malaysia atau luar negara
  • Dapat networking bersama sama dengan mereka yang 'satu kepala'

Cons

  • Bayaran hanya dengan kad kredit, debit atau paypal. Banyak orang ada masalah bila nak buat pembayaran. Rakyat Malaysia pun masih kurang lagi yang berjual beli dengan kad kredit atau paypal dalam dunia online.

Kesimpulan

Komuniti Online IM Lejen adalah satu platform yang cukup baik untuk mereka yang berniat untuk berjaya dalam dunia bisnes online.

Tawaran Bonus Meleleh


Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan IM Lejen, saya ada berita baik untuk anda. Saya ada bonus yang sangat best jika anda dapatkan IM Lejen melalui link saya.


Bonus ni akan bantu anda untuk jana lebih banyak income dengan IM Lejen. Dan, sebagai teaser, jumlah semua bonus saya ada 19 bonus kesemuanya.

Hmmm... Tak perlu tengok bonus la, review ni dah cukup lengkap, jadi saya berminat nak dapatkan IM Lejen sekarang.



Tags

Bonus IM Lejen, IM Lejen, IM Lejen Review, review


You may also like

Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Nak dapatkan ebook berkualiti tinggi setiap minggu? Klik butang di bawah

>