Anda usahawan online? Masih lagi ambil order dengan cara whatsapp secara personal, atau PM di Facebook? Episod review kali ni mungkin akan membuka mata anda. Dalam episod kali ini, saya akan review tentang software Ordersini, sistem borang tempahan online. Berikut merupakan detail mengenai produk tersebut:
Review Produk Ordersini
Detail Produk
P/s: Harga mungkin akan dinaikkan lagi oleh pemilik pada masa akan datang
Kualiti
Kualiti sistem software ni sesuai untuk semua peringkat bisnes. Saya bagi 4.0 sebab sewaktu review ditulis, masih banyak features yang kurang berbanding Onpay dan Woocommerce (Sentiasa diupdate oleh pemilik)
Harga
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding nilai sistem yang ditawarkan. Cuma, mungkin review saya agak bias dengan harga sewaktu pelancaran. (Sebab saya dapatkan software ni waktu harga lifetime dikeluarkan)
Support
Iffat Salleh dikenali dengan sosok yang cukup hebat support mereka. Kalau personal mesej dia pun, dia akan reply. Bahkan, boleh dikatakan semua soalan di Group Support pun dijawab secara personal
Overall rating : 4.5 / 5
Apa Itu Ordersini?
Ordersini ialah sebuah platform yang mempunyai sistem tempahan secara online.
Kenapa perlukan sistem tempahan?
Kan ramai je orang menjual kat facebook atau IG ambil order secara manual.
Boleh... Tak ada masalah kalau nak buat tempahan secara manual.
Kalau anda ada pekerja la.
Kalau tak, sampai bila anda tak dapat ke mana mana, nak melayan semua order yang masuk.
Jadi secara ringkasnya, sistem tempahan online ni penting untuk:
Menjimatkan masa dan memudahkan urusan kita sebagai penjual untuk ambil tempahan dan urusan penghantaran
Kalau sales kita baru 2 3 sales setiap hari, kerja kita mungkin masih mudah
Namun, cuba bayangkan sekiranya anda terima tempahan yang banyak setiap hari, memang tak cukup tangan dibuatnya.
Jadi sebab itu, saya sangat sarankan sistem tempahan.
Mudahkan urusan customer kita untuk buat tempahan
Sistem tempahan yang baik dan professional dapat meningkatkan keyakinan pembeli.
Maklumlah, pengguna online sekarang semakin bijak dan berhati-hati apabila masuk dalam bab membeli secara online.
Dengan adanya sistem yang dapat merekodkan aktiviti jual beli dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka.
Simpan, kaji dan uruskan database ejen dan pelanggan
Kata orang, database is king. Sekiranya anda ada banyak databse pelanggan atau ejen, anda senang bangkit sekiranya apa apa berlaku kepada bisnes anda.
Malah, dengan sistem tempahan, jika anda mempunyai ejen affiliate ataupun dropship, anda dapat jejak setiap pembelian yang datang daripada promosi yang mereka buat.
Justeru, anda dapat bezakan ejen yang mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding ejen lain.
Nilai Prestasi Bisnes
Dengan adanya sistem tempahan, anda akan dapat melihat rekod jual beli dalam bisnes anda.
“When you don't measure, you don't GROW.”
- Russel Brunson -
Untuk berkembang, kita kena sentiasa ukur keberkesanan promosi yang kita buat.
Kalau kita tak ukur, kita tak tahu sama ada promosi kita tu, pasaran nak atau pun tidak.
Jadi, dengan adanya sistem tempahan, anda boleh rancang perkembangan bisnes anda untuk akan datang.
Memberi peluang kepada penjual untuk upsell kepada pelanggan
Antara benda lain yang penting dalam bisnes ialah corong jualan (Sales Funnel).
Ini kerana, keuntungan mungkin tidak berlaku semasa pembelian awal, tapi ia mungkin berlaku apabila Upsell dibuat atau setelah pelanggan membuat pembelian berulang (Repeat Sales).
WooCommerce VS OrderSini
"La... Kan dah ada WooCommerce, kenapa perlu Ordersini pulak?"
Betul. Kalau dah pandai buat website woocommerce, kenapa masih perlukan ordersini?
Secara jujurnya, kalau tanya saya, kalau anda dah ada website woocommerce, anda memang dah tak perlukan Ordersini. Sebab features woocommerce lebih banyak dan anda dapat kawal semua sistem anda sendiri jika ada masalah.
Cuma, ada beberapa kelebihan OrderSini yang tak ada pada Woocommerce yang akan saya ceritakan nanti.
Analogi WooCommerce VS OrderSini
Woocommerce boleh saya andaikan sebagai DIY Online Store (atau kedai online yang kita bina sendiri). Kita nak design macam mana, kita nak ada sistem apa kat dalam, semua kita boleh decide sendiri. Cumanya, kedai ni kita kena beli tanah sendiri dan kena bayar cukai tanah setiap bulan atau setiap tahun.
Ordersini pula saya boleh andaikan sebagai Online Shopping Mall. Diorang dah sediakan kedai untuk anda. Sistem apa yang nak pakai. Dan dah ada orang lalu lalang dekat Shopping Mall tu. Anda kena bayar sewa dengan shopping mall tu. Dan, kalau ada masalah dengan sistem shopping mall tu, anda memang kena buat aduan dekat pengurusan shopping mall dan tunggu diorang baiki.
Ringkasannya adalah seperti berikut:
WooCommerce | OrderSini | |
---|---|---|
Hosting | Perlukan hosting dan kemahiran buat website sendiri | Tak perlu hosting dan kemahiran buat website |
Sistem Affiliate | Tak ada (Perlu plugin tambahan) | Ada |
Sistem Dropship | Tak ada (Perlu plugin tambahan) | Ada |
Sistem Kupon | Ada | Ada |
Sistem Reward /Point | Ada (Tapi perlu plugin tambahan) | Tak Ada |
Sistem Email Marketing | Perlu plugin tambahan | Ada (untuk pakej RM 99 sebulan) |
Jadi, nak pilih WooCommerce ke OrderSini ni?
Jawapan ringkas saya, kalau belum ada kemahiran buat website, atau memang betul betul baru bermula, boleh gunakan Ordersini.
Kalau dah ada kemahiran buat website dan mampu langgan hosting yang laju, boleh buat Woocommerce.
Onpay VS OrderSini
“Antara OnPay dengan OrderSini, mana lebih bagus?”
- Usahawan Bisnes Online -
Sistem Onpay adalah pesaing bagi Ordersini. Saya rasa kalau anda tanya owner Ordersini pun pasti akan dapat jawapan yang sama.
Onpay dah ada dalam pasaran lebih awal daripada OrderSini.
Sudah tentunya sistem Onpay lebih banyak dan stabil berbanding OrderSini.
Dan, berdasarkan pengamatan saya, rata rata pengguna onpay berpindah ke OrderSini, sebab paling UTAMA ialah HARGA. Harga Onpay memang KAPAK. Sesuai dengan apa yang ditawarkan dalam sistemnya.
Walaupun ditawarkan dengan lebih murah, antara kelebihan utama OrderSini berbanding Onpay ialah jumlah bilangan PRODUK TANPA HAD dan TIADA CAJ PEMASANGAN.
ONPAY | ORDERSINI | |
---|---|---|
Bilangan Produk dan Borang | Terhad Mengikut Pakej | Unlimited |
Caj Pemasangan | Ada | Tak Ada |
Sistem Affiliate | Ada | Ada |
Sistem Dropship | Ada (Hanya Pakej Yang Lebih Mahal) | Ada |
Sistem SMS | Ada | Ada |
Paparan Bilangan Produk Yang Tinggal (Elemen Scarcity) | Ada | Ada |
Fungsi masukkan Staf dalam Sistem | Ada | Tak Ada |
Analisa Lifetime Value Pelanggan | Ada | Tak Ada |
Sistem Email Marketing | Ada (Berbeza mengikut pakej) | Ada (Hanya bagi pakej Premium) |
Apa Yang Bakal Anda Dapat Bila Langgan Software Ordersini?
1. Bilangan Produk & Borang Tempahan Tanpa Had
Tiada limit bilangan produk yang anda boleh jual dalam software ni.
Sesetengah sistem lain mungkin kenakan cas tambahan jika anda letakkan produk melebihi bilangan tertentu.
Namun bagi sistem OrderSini, tiada apa-apa caj tambahan dikenakan.
Apabila anda masuk ke bahagian "Add New Product" anda akan dipaparkan dengan 7 pilihan borang bagi produk Variations, Simple, Digital, Ticket, Service, E-commerce dan Membership. Anda boleh memilihkan mana-mana borang mengikut jenis produk yang ingin anda jual.
Setelah anda memilih borang yang berkaitan sila penuhkan ke semua maklumat pada borang tersebut.
Setiap borang akan berlainan mengikut kategori yang anda pilih sebelum ini.
2. Sistem Affiliate
Anda juga boleh aktifkan fungsi affiliate bagi membantu anda melariskan produk anda.
Dengan hanya beberapa langkah mudah fungsi affiliate akan bertindak serta- merta. Tetapkan komisen bagi bagi affiliate untuk setiap produk anda.
Anda juga boleh aktifkan carta affiliate untuk tujuan cabaran affiliate.
3. Sistem Dropship
Selain itu, fungsi dropship juga ditawarkan pada anda yang memerlukan wakil jualan.
Melalui sistem ini anda boleh monitor prestasi wakil jualan anda dengan mudah.
Dalam gambar sebelum ni, anda tentu perasan ada bahagian pengaktifan sistem dropship, dan anda juga boleh tetapkan harga untuk dropshipper anda.
4. Email & Telegram Sales Notification (Update: Terbaru ada Whatsapp Notification)
Setiap kali ada pembelian dibuat dalam kedai online anda, anda akan dapat notification dekat email atau boleh setup untuk dapat notification di telegram.
5. Statistik Jualan
Laporan jualan mengikut produk, jualan harian, mingguan, bulanan dan keseluruhan akan terpapar di sistem ini dengan mudah.
Anda tidak perlu pening kepala untuk kira berapa jualan anda pada bulan tersebut.
6. Senarai Pembeli
Database pembeli amat penting dalam bisnes.
Dengannya, anda boleh buat 'Custom Audience' di facebook atau Google untuk proses remarketing.
Sebab, "a buyer is always a buyer".
Sistem OrderSini dapat memberikan senarai pembeli yang pernah membuat tempahan dengan kedai online anda.
7. Senarai Pesanan
Dengan 1 klik, anda boleh melihat senarai pesanan daripada pelanggan anda.
Tiada lagi masalah order tercicir yang boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dengan servis anda.
Tambahan pula, anda juga dapat notification daripada email atau telegram setiap kali ada tempahan.
8. Sistem Kupon Tanpa Had
Terdapat 3 variasi sistem kupon yang Ordersini ditawarkan.
Anda boleh pilih kupon tersebut berdasarkan kesesuaian produk anda.
Kupon ini boleh membantu untuk menarik perhatian pelanggan anda untuk membeli.
- Kupon Sekali Guna : Hanya boleh digunakan sekali sahaja bagi setiap pembelian.
- Kupon X Terawal : Hanya boleh digunakan dengan beberapa kuantiti pembeli terawal yang anda telah tetapkan.
- Kupon Tarikh A-B : Anda boleh menetapkan tempoh masa bagi setiap kupon contoh 24jam, seminggu atau sebagainya. Ruangan kupon akan dipaparkan pada bahagian pembelian pengguna.
9. Auto Mesej Untuk Produk Digital
Selepas pembeli membuat pembayaran, anda boleh tulis template auto message yang dihantar ke email pembeli sebagai pengesahan pembayaran telah dibuat.
Ingat, fungsi ini khas untuk produk digital sahaja.
Fungsi ini sangat powerful jika anda menggunakan payment gateway seperti BillPlz atau Toyyibpay.
Sebab apa?
Sebab apabila pelanggan buat bayaran menggunakan payment gateway, mereka tak perlu tunggu anda sahkan pembayaran mereka.
Lepas mereka buat bayaran, mereka akan terus dapat produk digital yang mereka beli. Power kan? Tu la bestnya pakai payment gateway.
10. Urusan Pos dan Penghantaran
Ordersini menyediakan fungsi penghantaran untuk produk fizikal mengikut berat, kuantiti dan kadar rata (flat rate).
Hanya perlu pilih yang sesuai dengan produk anda dan tetapkan berapa kadar yang anda nak caj.
11. Social Proof Notification
Nak tingkatkan conversion jualan produk anda. Social proof merupakan salah satu jalan untuk tingkatkan conversion.
Kalau anda perasan, banyak kedai online akan tayangkan notification bila ada pembeli baru buat belian di kedai mereka. Syarikat penerbangan, syarikat booking hotel banyak pakai teknik ni.
Dalam ordersini juga, anda akan dapat features ni.
12. Marketplace
Bagi saya secara peribadi, ni antara features yang sangat mahal.
Pernah dengar Clickbank, JVZoo, atau KlikJer?
Dekat sana ada banyak pemilik produk yang pasarkan produk mereka untuk geng affiliate promote produk mereka.
Ordersini juga ada marketplace tersendiri.
Bila anda letakkan produk anda di marketplace, anda akan tingkatkan peluang produk anda untuk dijual dengan lebih banyak sekiranya geng affiliate membantu jualan produk anda.
13. Group Support
Benar, anda tidak punya kawalan sepenuhnya jika ada masalah dengan sistem ordersini.
Namun, support yang diberikan oleh owner ordersini kepada pelanggan beliau sangat tip top.
Mesej sahaja di group telegram, soalan anda akan dijawab secepat mungkin.
UPDATE Disember 2020!
(Banyak penambahbaikan sistem telah dibuat berbanding review saya yang lepas)
Berikut merupakan antara update sistem Ordersini yang powerful
1. Sistem Notifikasi Whatsapp
Setiap kali pelanggan anda buat belian, dia akan dapat notifikasi whatsapp. Kalau nak, anda pun akan dapat notifikasi setiap kali ada order masuk. (Siap ada bunyi "kaching!" lagi kalau anda install app di phone anda.
Fungsi ni memang power tahap gaban.
Nampak professional kedai kita.
Bukan tu sahaja, setiap kali buat bisnes online, mesti ada customer yang ada masalah dengan pembayaran atau terlupa buat pembayaran.
Dan berita baik untuk anda, Ordersini dah ada sistem untuk follow up pelanggan jenis macam ni.
2. Sistem LMS (Untuk mereka yang buat panduan video macam Udemy)
Ini juga merupakan update yang best dalam Ordersini.
Kalau anda merupakan seorang penjual produk digital, khususnya jenis video panduan, anda hanya letak video anda di dalam sistem Ordersini.
Kemudian, hanya mereka yang buat belian sahaja dapat akses video panduan tersebut.
Ala... Macam Udemy tu.
3. Sistem Document Protection
Sekarang banyak betul orang bila dapatkan ebook atau sesuatu panduan, sesedap hati je share dengan orang yang tak beli.
Ada yang jual lagi pulak.
Nak lindungi hak cipta pemilik, sistem Ordersini juga ada sistem untuk letak password ke dalam dokumen ebook anda.
Oh ya, sistem ni siap boleh stamping siapa pemilik sebenar ebook korang nanti.
So, penjenayah maya ni susah la sebarkan hak cipta anda sesedap hati diorang. Kalau ada yang sebar secara haram pun, kita dapat tahu detail orang yang sebar tersebut.
Barulah rasa aman sikit nak buat bisnes digital ni kan?
4. Sistem Blog
Ni pun antara update best yang berlaku dalam ordersini.
Fungsi ini menyebabkan anda boleh bakulsampahkan website anda yang ada sekarang.
Ya.
Fungsi blog.
Anda dapat buat posting blog bisnes anda dalam sistem ordersini itu sendiri.
Jadi, tak perlu lah langgan website untuk buat blog, dan jualan di Ordersini.
Semuanya dah boleh buat dalam sistem software ni.
5. Sistem Pendekkan URL
Nak share dekat media sosial, kalau boleh, sudah tentu kita nak share link yang pendek dan tak serabut.
Sebab tu ramai guna bitly.
Sekarang, Ordersini pun ada sediakan servis pendekkan URL.
Siap boleh track lagi berapa ramai orang yang klik link kita.
Selamat tinggal bitly.
6. Sistem Autoresponder SMS
Update ini juga merupakan update yang power tahap gaban.
SMS adalah adalah teknik pemasaran klasik, tetapi sangat powerful.
Kadar orang buka SMS sudah tentu lebih tinggi daripada email.
Dengan Ordersini, anda boleh susun pemasaran anda secara menghantar SMS secara berjadual kepada pelanggan atau bakal pelanggan anda.
Siapa Golongan Yang Akan Dapat Manfaat Dengan Software Ordersini?
Siapa Yang Tak Sesuai Pakai Sistem Ordersini?
Ringkasan
Software Ordersini boleh diringkaskan dalam erti kata berikut:
Pros
Cons
Kesimpulan
Software OrderSini adalah satu platform yang cukup baik untuk mempromosikan produk anda dalam dunia online.
Tawaran Bonus Meleleh
Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ordersini, saya ada berita baik untuk anda. Ordersini ada buat promo sekarang dengan bonus bernilai RM2528 kalau anda ambil pakej tahunan atau lifetime.
Detail boleh tengok dekat sini.
Bonus Promo Ordersini 2020 (Untuk 20 orang terawal)
P/s: (Baik rembat cepat sebab promo ni hanya untuk 20 orang terawal sahaja)
Nanti dulu.. Saya ada berita lagi best untuk anda.
Saya juga ada sediakan bonus yang super duper best jika anda dapatkan Ordersini melalui link affiliate saya.
****(Hanya untuk langganan pakej tahunan dan lifetime sahaja -- saya nak bantu mereka yang betul betul serius nak bina empayar bisnes online mereka)
Bonus #1: Software Adversuite FE + Syndication + VIP Training
(Lesen Sangat LIMITED -TERHAD 10 orang terpantas)
Adversuite ni fungsinya ialah untuk spy iklan pesaing anda. Kita nak tengok apa iklan yang ramai orang like, komen atau share. Jadi, tak perlu pening pening buat assumption sendiri tentang apa yang 'market' suka.
Hanya tengok apa yang berkesan, dan 'tiruvasi' iklan tersebut.
Yang bestnya, anda bukan sahaja dapat spy facebook ads, dengan akaun Syndication, anda juga boleh spy iklan daripada Google, Instagram dan Youtube Ads. VIP training pun saya sertakan jugak. Power kan?
Kalau anda dapatkan sendiri daripada developer, nilainya mahu dekat RM800 yang anda kena bayar untuk dapatkan semua features yang saya bagi ni.
Bonus #2: Software dan Training Premium Invisible PRO
Bukan setakat software, tapi korang akan dapat training macam mana sorang mamat yang tak pandai cakap english, boleh jana sampai puluh ribu dollar setiap kali affiliate contest kat market internasional.
Dia tak perlu reveal pun muka dia macam mana, tapi still dapat banyak sales. Nak tahu macam mana? Kena tengok sendiri kat dalam training dia.
Bonus #3: Software Copywriting Power - Funnel Writer
Pernah dengar pasal Funnel Scripts? Ala... Yang Internet Marketer famous Russel Brunson promote tu. Bila Russel offer bayar sekali seumur hidup untuk dapatkan software tu, terus berdesup orang sambar.
Ha... Software Funnel Writer ni fungsinya lebih kurang funnel script, anda hanya perlu isi detail apa produk yang anda nak promosikan, siapa ideal customer avatar anda, then software ni akan sediakan copywriting untuk pelbagai senario. Anda boleh pilih nak buat untuk salespage ke, webinar ke, email follow up ke.
Tapi, dalam bahasa inggeris la. Memang powerful.
Bonus #4: InstaViral
Anda nak kedai online anda di OrderSini jadi bualan orang dan viral?
Software ni fungsinya buat contest untuk produk anda. Pelanggan perlu masukkan Nama dan Email untuk sertai contest. Dan, kebarangkalian mereka menang akan tinggi kalau mereka share link yang anda bagi dekat media sosial.
Yang bestnya, software ni tak perlukan anda ada website atau hosting sendiri.
Bonus #5: Software Buat Video Promotion
Sekarang ialah zaman video.
Semua orang akan tertarik bila kita bagi content video di media sosial.
Tapi, nak buat video ni bukan senang.
Dengan adanya software Adscrisp ni, anda dah tak perlu risau tentang macam mana nak buat video promosi.
Semua dah ada template.
Tinggal pilih dan gantikan dengan info produk je.
Bonus #6: Page Builder
Mempunyai salespage yang proper dan cantik cukup mempengaruhi jualan.
Dengan ada salespage juga, anda boleh create custom audience orang yang singgah ke website anda, dan boleh retarget balik mereka dalam iklan FB Ads atau Google Ads anda.
Untuk dapatkan page builder, anda boleh pilih 1 daripada 3 pilihan berikut
Servis install Thrive Architect dengan LIFETIME licenese ke 1 website anda
Servis install Divi Builder dengan LIFETIME license ke 1 website anda.
Software Profit Canvas (Tak perlu domain dan hosting)
Assalamualaikum Tuan.
Ordersini sesuai tak untuk persatuan?
Ahli buat pembaharuan keahlian ke, atau jadi ahli ke?
saya dah cuba cari sistem yg berkenaan dengan persatuan, tapi mahal sangat.
Waalaikumussalam.
Setakat ni, untuk HR management camtu cam tak berapa sesuai tuan. Sebab sekarang ni, xde function recurrent payment lagi. (Function ni akan ada, tapi tak tahu la bila akan available)
Saya dah tanya owner ordersini sendiri. Dia pun bagi tau benda yang sama.
Tapi, bagi saya dalam bab ni kita kena kreatif je la.
Pakai je order sini untuk kutip payment.
Dalam tu pon, ada rekod sape yang dah bayar dan bila dia bayar.
So, bila due next payment, minta dia buat bayaran baru dekat ordersini jugak.
Just my 2 cent.
Harap menjawab soalan