October 24

0 comments

Review Panduan Super Flipper Dan Tawaran Bonus

Panduan Super Flipper Review Dan Bonus Meleleh

Anda rasa anda cukup kreatif untuk design website? Nak belajar cara jana 5 angka dengan kepakaran anda tu? Episod kali ini, saya nak review Panduan Super Flipper, panduan untuk jana 5 angka dengan cara bina website dan jual di platform Flippa.

Review Produk  Panduan Super Flipper

Detail Produk

  • Nama Produk: Panduan Super Flipper
  • Niche Produk : Ebook, Panduan Video
  • Jenis Produk : Digital
  • Medium Pembelajaran : Ebook, Video
  • Pemilik Produk : Team QueFlip (Tuan Baihaqi)
  • Tarikh Pelancaran : 24 Oktober 2019, 9:00 Malam
  • Status Produk : Dalam fasa pelancaran
  • Group Support : Disediakan.
  • Pakej & Harga : RM 97 (Untuk 4 JAM Pertama), (DAH DINAIKKAN) RM127,   (DAH DINAIKKAN) RM 147(DAH DINAIKKAN) RM 167

P/s: Harga mungkin akan dinaikkan lagi oleh pemilik pada masa akan datang

Kualiti Konten

Kualiti konten sesuai untuk pelbagai peringkat bisnes lebih lebih lagi untuk newbies yang baru bermula.

Harga

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding peluang income yang bakal dijana Cuma, mungkin review saya agak bias dengan harga sewaktu pra pelancaran

Support

Jujurnya, saya belum pernah buat belian dengan tuan Baihaqi, tetapi memang selalu lihat brand Queflip beliau di media sosial. Setelah dihubungi melalui media sosial, beliau agak cepat reply mesej saya dan senang nak berurusan. Jadi, saya berikan 4 bintang untuk itu.

Overall rating :  4.0 / 5

Apa Itu Panduan Super Flipper?

Siapa pernah dengar flippa.com?

Kalau belum, ia adalah platfrom untuk anda jana income dengan 'menjual website'.

Dan, dalam panduan Super Flipper ni, Tuan Baihaqi daripada team Queflip nak tunjuk cara secara detail macam mana cara beliau jana income RM47,780.25 hanya dengan menjual website 'bodoh' dengan menggunakan platform ni.

"Lucunya time ni, saya tak reti pun buat website. Tak pernah buat website. Abang saya pun sama."


"Tapi kami redah jugak sebab nampak potensi yang ada pada website flipping ni."

- Tuan Baihaqi, Owner Panduan Super Flipper

Bagi saya, kisah Tuan Baihaqi ni cukup bermakna buat mereka yang baru bermula dalam dunia bisnes online.

Ramai orang bermula, dengan tak tahu apa apa. Jadi mereka rasa 'inferior' berbanding otai di luar sana.

Yang mereka ada, hanya semangat dan kerja keras.

Modal masih ke laut.

Skill apatah lagi.

Branding? Heh! Siapa kenal budak mentah ni?


Tapi, memang benar kata bijak pandai, 

"Banyak sangat keadaan, kerja keras mampu menewaskan mereka yang pakar dalam sesuatu bidang"


Dan, kisah Tuan Baihaqi salah satu daripada beribu kisah tersebut.

Golongan Yang Akan Dapat Manfaat Dengan Panduan Super Flipper

  • Mereka yang belum ada bisnes tapi berminat nak buat bisnes online, khususnya berkaitan dengan design website.
  • Mereka yang dah buat bisnes online, tapi dah buat macam macam, tapi belum dapat sales yang konsisten.
  • Mereka yang dah ada skill buat website, tapi hanya bermain di peringkat lokal, tak pernah jual servis buat website di peringkat international.

Anda salah seorang daripada golongan di atas?


Baca 5 Sebab Panduan Super Flipper Boleh 'Ubati' Masalah Anda


1) Anda dapat Belajar daripada Orang yang dah memang proven buat income dalam Flippa.


Nak berguru, memang kena pilih guru yang tepat.

Betapa ramai orang dalam dunia online, kita sangkakan pakar, bila dah kenal, rupanya hanya tukang copy paste apa ilmu yang dia cedok daripada orang lain.

Dia sendiri tak pernah buat pun apa yang dia sembang dan tulis.


Jom tengok BUKTI Tuan Baihaqi ni bukan sifu palsu yang hanya copy paste apa yang ada kat luar sana je: (Kalau korang perhatikan betul betul, ada ilmu tersirat yang best dalam gambar ni.)

Panduan Super Flipper Bukti Jana Income USD 1
Panduan Super Flipper Bukti Jana Income USD 2
Panduan Super Flipper Bukti Jana Income USD 3
Panduan Super Flipper Bukti Jana Income USD 4
Panduan Super Flipper Bukti Jana Income USD 6

Pssst!! Tahniah buat sesiapa yang perasan ada ilmu dan teknik tersirat dalam gambar gambar ni. 

Dah tahu, boleh terus take action!


2) Peluang Jana Income Dalam US Dollar


Seronok tak kalau dapat buat duit dalam USD?

Mesti lah kan.

Setiap USD yang anda berjaya hasilkan, anda akan dapat sekitar 4 kali ganda dalam RM.


Saya yakin ramai yang membaca ni memang dah ada basic macam mana nak buat website.

Tapi, kadangkala, kita ada skill, tapi kita tak tahu mana nak guna pakai skill yang kita ada, untuk jana pendapatan.


Ramai juga yang 'tahu' pasal cara nak jana pendapatan ni, tapi TAKUT! 

Takut rugi.

Takut gagal.

Takut nanti apa orang kata.

Takut nanti kalau orang tanya dalam English, tak tahu nak reply apa.


Sebab tu, kebanyakan punca kita tak berjaya, tak lain tak bukan, adalah datang daripada dalam kita sendiri.


Macam mana nak atasi? Belajar dengan mereka yang pernah alami situasi seperti kita.

Tiru apa yang mereka buat.

Buat, buat dan buat.

Sampai jadi!

"Fikir tu boleh.

Tapi jangan fikir banyak sangat.

Risau terus tak take action.

Mereput la jawabnya."

-Tuan Baihaqi, Owner Super Flipper -

3) Dapat Ilmu Lengkap Step By Step Sehingga Betul betul Dapat Jana Income


Antara yang saya perasan, Tuan Baihaqi memang dedah step by step cara dia buat income dengan Flippa ni.

Memang tak ada selindung.

Anda boleh bayangkan, kalau anda tak tahu apa apa, ada orang tolong pimpin tangan anda, dan tunjuk daripada mula sampai habis.

Macam mana cara nak berjaya dalam game Flippa ni.


Tak reti buat website? Jangan risau. Akan diajar.

Tak reti macam mana nak listing website? Akan diajar.

Tak reti macam mana nak transfer website kat orang lain? Akan diajar.

Tak reti macam mana nak terima payment? Akan diajar.


4) Dapat Template Ayat Jualan Yang Proven


Anda bukan sahaja dapat step by step cara nak berjaya dalam game Flippa ni, anda juga akan dapat template ayat jualan yang Tuan Baihaqi sendiri pakai.

Dia dah buat lebih RM 40 ribu dengan template ayat jualan ni.

Bagi saya, itu value sebenar template ni.

Bukan hanya teori semata, tapi bukti bahawa berkesannya ayat yang diguna pakai.

Apa Yang Bakal Anda Dapat Bila Anda Langgan Panduan Super Flipper?


1. Bahagian 1: Pengenalan & Mindset Flipper


Dalam bahagian ini, anda akan diberikan pengenalan secara terperinci dan mendalam terhadap bisnes website flipping dan macam mana anda boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan buat anda.

Dalam bahagian ni, anda akan belajar tentang mindset.

Mindset yang anda perlu ada untuk berjaya dalam bisnes ini.

Dan apa yang anda patut fokuskan.


2. Bahagian 2: 3 Perkara Asas Flippa


Dalam bahagian ini pula anda akan belajar 3 perkara asas yang anda perlu lakukan sebelum anda boleh memulakan bisnes website flipping anda sendiri.

Simple sangat-sangat jer 3 perkara asas ni. Tak sampai 15 minit boleh setel semua!


3. Bahagian 3: Bina Starter Site Pertama Anda


Dalam bahagian ketiga ini pula anda akan belajar cara untuk buat website sempoi tanpa perlu pecah kepala untuk belajar coding dan ia juga tak mengambil masa yang agak lama.

Anda akan ditunjukkan apa yang patut ada dan fokus dalam starter site anda.

Apa tujuannya?

Untuk tingkatkan lagi NILAI website anda.


4. Bahagian 4: Listing Di Flippa


Dalam bahagian ni, anda akan ditunjukkan cara untuk mula menjual di Flippa. 

Proses ini sangat mudah dan cepat.

Kalau anda ada modal lebih, anda boleh jual lebih dari 1 website sehari.


5. Bahagian 5: Post Sale Script


Dalam bahagian ini pula, anda akan belajar cara untuk menguruskan website yang terjual.

Apa info yang anda perlukan daripada pelanggan.

Dan bagaimana proses untuk menyerahkan website kepada pelanggan anda.

Sangat-sangat mudah!

Anda pun akan rasa macam “Betul ke dah setel ni?”.


6. Bonus 1: Nimva 3.0 Premium Theme


Premium theme untuk mudahkan anda membina starter site.

Anda boleh design website semudah drag and drop je.


7. Bonus 2: Template Ayat Jualan


Template ayat jualan atau salesletter yang Tuan Baihaqi guna untuk jual starter sites pada harga ratusan USD.

Ringkasan

Panduan Super Flipper boleh diringkaskan dalam erti kata berikut:

Pros

  • Peluang jana income dalam US Dollar
  • Mesra newbie, ilmu yang diajar adalah step by step
  • Dah sediakan skrip untuk buat jualan, tinggal copy paste je

Cons

  • Kena keluarkan modal untuk domain, hosting dan listing.
  • Ada kemungkinan akan terbakar modal jika website tidak berjaya dijual.

Kesimpulan

Panduan Super Flipper adalah panduan yang agak bernilai untuk mereka yang serius nak jana income dalam US Dollar dengan menggunakan plaform Flippa.

Tawaran Bonus Meleleh


Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Panduan Super Flipper, saya ada berita baik untuk anda. Saya ada bonus yang sangat best jika anda dapatkan panduan ni melalui link saya.


Saya bukan jenis yang bagi bonus PLR yang dah berlambak orang lain bagi. Tapi saya cuba yang terbaik untuk bagi bonus yang boleh tambah nilai pembelian anda. Bahkan, bonus saya ni mungkin lebih bernilai daripada produk tu sendiri.

Bonus #1: Automated List Profit Lifetime (Terhad 10 Orang Pertama)

AutomatedListProfits-Membership-Bonus-Panduan-Super-Flipper

Cara pertama nak tambah nilai pada website adalah apabila kita dapat tambah jumlah leads dan database dengan website kita.


Software ni dapat bantu anda buat semua benda ni. Dia akan bekalkan 2 Lead Magnet yang high quality pelbagai niche setiap bulan untuk anda guna pakai. Anda boleh cari niche mana yang sesuai dengan website anda.


Oh, software ni dah lama tau. So, disebabkan anda akan dapat versi Lifetime, anda bukan sahaja dapat 2 Lead Magnet baru setiap bulan, yang lepas lepas pun anda akan dapat.


**Update 9 November 2019: Berbaki 8 slot sahaja lagi!

Bonus #2: Page Builder

page builder ecom diver

Mempunyai salespage yang proper dan cantik cukup mempengaruhi jualan.


Dengan ada salespage juga, anda boleh create custom audience orang yang singgah ke website anda, dan boleh retarget balik mereka dalam iklan FB Ads atau Google Ads anda.


Untuk dapatkan page builder, anda boleh pilih 1 daripada 3 pilihan berikut

Servis install Thrive Architect dengan LIFETIME licenese ke 1 website anda

Servis install Divi Builder dengan LIFETIME license ke 1 website anda.


Bonus #3: Madsense Reborn 2.0

Madsense Reborn


Saya nampak satu lagi peluang untuk anda.


Benar, dalam Panduan Super Flipper, anda disarankan untuk buat starter site.


Tapi, alang alang dah buat website, apa kat pergi one step ahead. Buat website yang boleh jana pendapatan melalui adsense. Confirm melangit harga bila jual dekat Flippa nanti.


Bonus #4: Software Email Autoresponder


Website yang anda design dah ada 'umpan' untuk pelawat dengan Automated List Profit.


Senang kira, macam dah ada email autoresponder free tanpa bayar bulanan mahal mahal kat Aweber, Getresponse dan sebagainya.


Bonus #5: Software Sales Notification

Letimpact


Manusia ni suka ikut crowd.


Kalau kedai tu ramai orang, lagi dia suka singgah dekat situ.
Logik kita mudah, ramai orang, maknanya kedai ni best.


Mesti anda pernah nampak website yang setiap berapa saat akan keluar notifikasi, "Mamat daripada KL baru sahaja membeli produk XXXX"


Bonus #6: Software Buat Video Promotion


Sekarang ialah zaman video.
Semua orang akan tertarik bila kita bagi content video di media sosial.


Tapi, nak buat video ni bukan senang.


Anda rasa bakal client anda suka tak kalau dah ada video promotion pasal website diorang yang anda sediakan sekali dengan pakej website anda?


Bonus #7: Software Design

DesignoPro


Buat bisnes online tak akan lengkap kalau tak ada software untuk mudahkan kerja design.


Software DesignoPro 2.0 ni lebih kurang canva, tapi ada banyak lagi template yang korang boleh pakai untuk mudahkan kerja korang.


Wow! Memang lengkap bonus ni.


Saya berminat nak dapatkan Panduan Super Flipper sekarang.



Tags

buat duit dengan flippa, panduan super flipper


You may also like

Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Nak dapatkan ebook berkualiti tinggi setiap minggu? Klik butang di bawah

>